Menu Utama

Sampai Bila Pembangkang Harus Membangangkan Rakyat

Selepas jam 12 tengah malam ini, maka akan turunlah harga Ron95 dan Ron97 sebanyak 8 sen menjadikan harganya RM2.30 seliter dan RM2.58 seliter. Manakala harga diesel pula turun 2 sen kepada RM2.23 seliter. Semua harga itu adalah untuk tempoh seminggu.

Penulis tidak menafikan turut terkesan dengan turun naik harga minyak di negara kita setiap minggu. Secara peribadi, penulis bukanlah orang berada, namun tidak juga tergolong dalam golongan orang susah. Sederhana sahaja.

Namun begitu, penulis tidak pernah marah kepada kerajaan bila harga petrol naik dan begitu juga bila harga petrol menurun, penulis tidak memuji pun kerajaan. Ia adalah kerana penulis tahu bahawa harga petrol dan diesel di negara kita berada diluar kawalan kerajaan.

Penulis yakin, mereka yang faham ekonomi dapat memahami konsep harga pasaran yang bergantung kepada penawaran dan permintaan. Konsep itu terlalu mudah untuk difahami dan penulis rasa tidak perlu diperjelaskan mengenainya. Siapa yang tidak tahu, sila ke sekolah semula.

Cuma, apa yang penulis cuba ketengahkan di sini ialah sikap atau mentaliti kelas ketiga yang dimiliki oleh pihak pembangkang. Sejak sekian lama mereka cuba memperbodohkan rakyat di negara ini dengan menularkan racun ‘politik kebencian’ menerusi harga minyak.

Jika harga minyak naik, mereka jadi ‘batu api’, mengapi-apikan emosi rakyat supaya memarahi kerajaan. Tapi sebaliknya jika harga minyak turun, walaupun hingga ke paras RM1.60 seliter, mereka langsung tidak memuji kerajaan, bukan?

Penulis tidak marah jika mereka tidak ajak rakyat memuji kerajaan sekiranya harga petrol turun. Memang tidak perlu dipuji pun kerana ia adalah disebabka harga minyak pasaran dunia yang menurun. Kerajaan Malaysia tiada kena mengena dengan hal itu.

Tapi yang menjengkelkan penulis ialah apabila pihak pembangkang cuba mengajar rakyat di negara ini supaya menjadi dungu sedungu manusia. Rakyat kita tidak dungu sebenarnya. Namun emosi mereka diapi-apikan bila harga minyak naik.

Tindakan tersebut secara tidak langsung menyebabkan fikiran rakyat menjadi dungu dengan mempercayai hujah yang kononnya Kerajaan seolah-olah sengaja menaikkan harga minyak. Sedangkan, ia hanyalah taktik politik untuk menekan emosi rakyat supaya marahkan kerajaan.

Budaya dan fikiran sempit itukah yang cuba diajar pihak pembangkang kepada rakyat di negara kita? Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan seperti itu akan terus menyebabkan pemikiran rakyat terus terbelenggu di dalam ‘tempurung’ dunia kelas ketiga?

Pihak kerajaan sedaya upaya cuba membentuk pemikiran rakyat ke arah dunia maju, tapi pihak pembangkang pula seboleh-bolehnya cuba mengekang perkembangan minda rakyat menuju negara mundur? Buruk sungguh perangai mereka, kan?

Sedar atau tidak, itulah mentaliti pihak pembangkang. Meskipun tidak semua, namun hampir majoriti dari mereka memang begitu. Penulis tidak tahu bila mereka akan berubah mencontohi Tan Seng Giaw atau Lee Lam Tye, hanya masa yang bakal menentukan…






Leave a Reply

Threesome