Menu Utama

Rosmah: Guan Eng Bodohkan Penyokong Pakatan

BANYAK cerita tak baik dan fitnah disebarkan pemimpin dan penyokong Pakatan mengenai Datin Sri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri selama bertahun-tahun.  Nak diulangkan satu-satu pun panjang dan membuang masa, tapi kalau disimpulkan semua sekali, teruk benarlah Datin Sri ini dibuatkan mereka.

Malah, Mahathir turut mengambil peluang di tengah-tengah banyak cerita fitnah disebarkan mengenai Rosmah ini dengan menyindir saiz badan – yang dipercayai ramai orang merujuk kepada isteri Perdana Menteri itu, sekalipun tua kutuk ni menafikannya.  Betapa rendahnya akhlak bekas Perdana Menteri ini tapi ada hati pulak nak bercakap tentang akhlak orang lain.

Begitupun, reaksi yang ditunjukkan Guan Eng semasa menyambut ketibaan Datin Sri di Pulau Pinang semasa mengiringi YAB Perdana Menteri melawat mangsa banjir di Pulau Pinang hari ini, membuatkan semua penyokong Pakatan yang menghinakan Datin Sri selama hari ini di media sosial, nampak macam orang bodoh.

Kata tu tak baik, ini tak baik tapi reaksi Guan Eng bila berdepan dengan Rosmah, nampak berlawanan sama sekali dengan apa yang selalu dikatakan macainya di dalam Pakatan mengenai Wanita Pertama Malaysia itu di media sosial.

Tak nampak macam jumpa “orang jahat” pun!!

Apa pun nak kata kepada macai semua, inilah politik.  Bukan ada apa pun, hanya nak bangkitkan benci sebab politik saja.  Yang nak buat dosa kering dengan memfitnah dan menghinakan orang lain tu kenapa?






Leave a Reply

Threesome