Menu Utama

Rohingya: Najib Ternyata Bukan Pemimpin “Biasa-Biasa”

PAKATAN cukup tidak senang duduk melihat keakraban Datuk Sri Najib Tun Razak dengan pemimpin luar, terutama Presiden Amerika Syarikat – dari Barrack Obama dulu, sampailah kepada Donald Trump sekarang.  Apa saja peluang, dari sebesar-besar zarah, akan dicarinya untuk menunjukkan kononnya Najib ini dibenci pemimpin negara paling berpengaruh dunia ini.

Maka tak hairanlah jika ada 100 video/gambar yang menunjukkan keakraban YAB Perdana Menteri dengan Presiden Amerika ini, Pakatan (terutama budak-budak Mahathir) akan cari satu untuk dihentam.  Gambar tak ada apa benda pun, akan jadi macam-macam tafsiran juga.  Macam dakyah konon YAB tidak dipedulikan Trump di Manila tempoh harilah.  Sekali keluar video Trump terang-terang memuji YAB, puak-puak ini seakan mulutnya disumbatkan dengan batu  – senyap tak kata apa.

Begitupun, pada kami penyokong YAB Perdana Menteri ni, itu bukan apa-apa lagi, setakat nak menyipukan semula penyokong Pakatan saja.

Dilihat dari “gambar” yang lebih besar lagi, YAB Perdana Menteri sebenarnya seorang yang begitu dihormati di peringkat antarabangsa.  Ini boleh dilihat dari lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke Myanmar hari ini untuk membincangkan isu Rohingya – tidak lama selepas YAB Perdana Menteri berjumpa dengan Trump di White House bercakap benda yang sam, selain perkara-perkara lain membabitkan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat.  Ini jauh lebih besar nilainya dari gambar-gambar tu semua.

Apa lagi yang nak kita katakan, YAB ternyata bukan pemimpin yang biasa-biasa, cakap beliau, orang berpengaruh dengar tau.

Bukan macam Mahathir yang dipuja-puja penyokonnya tu,.  Jangan kata orang berpengaruh macam Trump lah, di kalangan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan sendiri pun, sedikit saja yang peduli pasal Mahathir ni atau apa yang dicakapkannya.  Mahathir nak Pakatan dikuasai parti Melayu (parti dialah tu), kena bangkang.  Buat demo di Petaling Jaya, takde orang sangat yang datang serta pelbagai lagi.  Jumpa entah siapa di Jepun,teruja sungguh konon itulah bukti Mahathir masih dihormati sekalipun dah bersara.

Poorah!! Bukan sapa-sapa pun yang dijumpanya tu.

 






Leave a Reply