Menu Utama

PPBM, DAP punca Pakatan Harapan lewat didaftar

Masalah yang melanda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP merupakan punca utama proses pendaftaran Pakatan Harapan mengalami kelewatan.

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara tersebut disahkan oleh pegawai di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam pertemuan yang diadakan di kementerian tersebut hari ini.

“Kalau masalah ini diberitahu awal boleh kami selesaikan, kami tiada niat untuk membantah atau timbulkan masalah pada kerajaan.

“Apa jua kehendak dan syarat yang tidak berlanggar dengan undang-undang akan kami patuhi,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Terdahulu, beliau bersama pemimpin-pemimpin parti pembangkang lain bertemu dengan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim di pejabatnya di sini.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

Masalah yang melanda parti DAP pula berkaitan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini yang tidak sah sehingga memaksa parti itu mengadakan semula pemilahan CEC baharu pada minggu lalu.-UTUSAN ONLINE

Utusan






Leave a Reply

Threesome