Menu Utama

Pentadbiran BN di Pulau Pinang dirindui majority rakyat marhaen.

oleh Kang Nasir

Melihat imej warga emas bangsa cina membuatkan saya rasa amat terharu melihat mangsa air bah memeluk erat ds Hishamuddin. Hanya orang yang pernah mengalami situasi yang dihadapinya saja faham bertapa perlunya pertolongan setelah pemimpin mereka enggan bertanggung jawab malah membawa masalah kepada rakyat.

Selain dari itu. Ada juga rakyat berbangsa cina diberi kebenaran menumpang berteduh dimasjid. Walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku dan menyalahi hukum namun kita perlu juga bersangka baik semoga rakyat berbangsa cina faham MANFAATNYA ISLAM.

Ianya bertepatan dengan pandangan PM dalam status beliau.
“Islam mengajar kita berkasih sayang, saya teringat kisah Rasulullah SAW beri perlindungan kpd semua seperti yg tertera dlm Surah At-Taubah.”

Ayat suci yang dimaksudkan berikut.
“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).”
( At-Taubah : ayat 6 )

Dan tafsiran ayat tersebut berikut.
Allah Swt. berfirman mengingatkan Nabi-Nya:
} ﻭَﺇِﻥْ ﺃَﺣَﺪٌ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ {
Dan jika seorang di antara orang-orang musyrik itu. (At-Taubah : 6)
Yakni di antara orang-orang yang Aku perintahkan kamu untuk memerangi mereka dan Aku halalkan kepadamu jiwa dan harta benda mereka.
} ﺍﺳْﺘَﺠَﺎﺭَﻙَ {
meminta perlindungan kepadamu. (At-Taubah: 6)
Maksudnya, meminta keamanan kepadamu, maka perkenankanlah permintaannya hingga ia sempat mendengar Kalamullah, yakni Al-Qur’an yang engkau bacakan kepadanya dan kamu ingatkan dia tentang sesuatu dari perkara agama yang menegakkan hujah Allah atas dirinya.
} ﺛُﻢَّ ﺃَﺑْﻠِﻐْﻪُ ﻣَﺄْﻣَﻨَﻪُ {
kemudian antarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. (At-Taubah: 6).






Leave a Reply