Menu Utama

PENGURANGAN KADAR CUKAI INDIVIDU SATU SOKONGAN KERAJAAN PADA RAKYAT

Lebih 261 ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan setelah Perdana Menteri Malaysia mengumumkan di dalam Bajet 2018 tentang pengurangan kadar cukai pendapatan.
Ini selari dengan perlaksanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan yang pada dasarnya akan dapat mengurangkan cukai pendapatan secara berperingkat mengikut tahap pendapatan individu pembayar cukai.

Terdahulu, memetik ulasan daripada Ketua Pegawai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah, “Sungguhpun pengurangan kadar cukai ini bertujuan meningkatkan pendapatan boleh guna di antara RM 300 dan RM 1,000 bagi kumpulan pendapatan pertengahan (M40) serta menangani isu kenaikan kos sara hidup, namun ia masih akan memanfaatkan ekonomi negara dengan andaian penjimatan ini dibelanjakan semula 261 ribu pembayar cukai yang terbabit,” tegasnya.

Pengumuman penurunan kadar cukai ini disambut gembira oleh setiap 2.3 juta pembayar cukai terutama golongan pendapatan pertengahan atau secara khusus isi rumah yang berpendapatan RM 9 ribu ke bawah.

Bagi yang pendapatan bercukai antara banjaran RM 20 ribu hingga 70 ribu, kadar cukai pendapatan terhadap individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan iaitu:

a) Banjaran Pendapatan Bercukai daripada RM 20,001 sehingga RM 35,000, kadarnya diturunkan daripada 5 peratus kepada 3 peratus;

b) Banjaran Pendapatan Bercukai daripada RM 35,001 sehingga RM 50,000, kadarnya diturunkan daripada 10 peratus kepada 8 peratus; dan

c) Banjaran Pendapatan Bercukai daripada RM 50,001 sehingga RM 70,000 kadarnya diturunkan daripada 16 peratus kepada 14 peratus.

Sabin berkata, pembentangan bajet itu juga menuntut pihaknya untuk lebih efektif dalam melaksanakan peranannya memungut hasil negara menerusi kutipan cukai langsung, bagi memastikan semua program pembangunan negara, merangkumi sosio-ekonomi dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan sebaiknya.

LHDNM dilihat sangat komited dalam memudahkan urusan pembayar cukai mengikut peredaran semasa, menerusi penyediaan pelbagai saluran penghantaran borang cukai dan pembayaran cukai melalui perbankan dalam talian dan juga menerusi platform dalam talian.

Justeru, LHDN berjaya membuktikan peranannya dengan aktiviti penguatkuasaan dan pendidikan cukai yang efektif dan memastikan pembayar cukai yang lain membayar jumlah cukai yang sepatutnya mengikut perundangan percukaian.






Leave a Reply

Threesome