Menu Utama

Ops Lalang: Tulisan Mahathir Menggambarkan Kenyanyukannya

PENULIS secara peribadi menyokong ISA ketika undang-undang itu masih ada, terutama semasa Mahathir masih berkuasa.  Penulis menyokongnya sebab pada ketika itu, penulis diberitahu bahawa ISA ini berjaya memastikan keamanan negara dan kerana adanya ISA, tidak berlaku kejadian seumpama 9/11 di negara kita – dakwa Mahathir.

Tak pulak penulis tahu, rupanya ISA Mahathir guna untuk menang pilihanraya dan/atau melenyapkan musuh-musuh politiknya.  Kalau dulu Mahathir cakap macam ini, tobat lahum tidak ada siapa yang akan menyokongnya termasuk penulis sendiri.  Malangnya Mahathir hanya mengaku sekarang, dulu semuanya tentang keselamatan negara tujuannya ISA digunakan.

Kita tertipu lagi.

Maka tidak hairan bila Mahathir cuba menjustifiksikan keputusannya dalam Ops Lalang, semua nampak tak kena sebab memang jelas Mahathir menipu atau dia dalam keadaan nyanyuk.  Siapa bodoh saja percaya Mahathir nak hapus ISA tapi polis tak bagi, Mahathir tak tahu teknik yang digunakan ke atas tahanan dan sebagainya.

Berapa banyak pokok dalam KL pun Mahathir nak ambik tahu, cara soal siasat dalam Kamunting pulak Mahathir tak tahu? Kita rakyat ni nampak lekeh sangat ke?

Anyway, Mahathir memang tengah dalam sindrom semuanya tak tahu, lupa pulak.






Leave a Reply

Threesome