Menu Utama

Nak Lawan Najib Macam Mana, Mesyuarat Cawangan Pun Takde!!

KELAKAR betul dengan parti PPBM ini bila berhadapan risiko tutup kedai kerana tidak mengadakan AGM sekalipun dah lebih setahun penubuhannya.  Nampak macam gagah sangat di luar, rupanya indah khabar dari rupa.  Gebang bukan main besar nak cabar Najib dan UMNO kononnya, apa rupanya mesyuarat cawangan pun tak pernah!!

Ibaratnya parti berlambangkan bunga raya ini, macam pokok yang ada pucuk tapi akarnya tak ada.

Ada Majlis Presiden, Majlis Pimpinan Tertinggi parti dan segala yang nampak hebat, apa sekali ahli dan kepimpinan peringkat bawahan pulak takde…kakakaka….geli pulak hati ini rasanya.  Mesyuarat cawangan ni adalah peringkat paling ‘kodi’ lah bila bercerita tentang parti politik, itu pun tak boleh nak buat, entah apa cirit parti politik yang kita ada ni.

Parti tupperware pun teratur lagi.

Nampak sangat parti ditubuhkan orang “have-have”. Itu yang di atas dipersiap dengan Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk-Datuk apa bagai – berlatar belakang yang hebat-hebat kunun-kunun, tapi akar umbi berterabur, cawangan pun tak wujud, apa cerita!! Elok lagi Mat Sabu mengaturkan PAN, dah 2 kali kongres pun yang bermaksud pengurusan parti di peringkat bawah dah selesai.

Mat Sabu, manusia paling tak berguna dalam negara ni – Mahathir sendiri pernah kata tu, tapi boleh dia menguruskan PAN, bandingkan pulak dengan nama-nama besar dalam PPBM menguruskan parti tu. Apa lebih memalukan dalam dunia ini bila dibandingkan dengan Mat Sabu – part kalah pulak tu.

Hilang segala kehebatan dan keangkuhan palsu yang diperbesar, rupanya tin kosong semata-mata.

Sudahnya nanti, calon PPBM dalam PRU14 yang akan datang besar kemungkinan setaraf calon bebas saja.  Kalaulah itu kesnya, maka boleh lupakanlah nak menawan Putrajaya sebab di Malaysia, belah semenanjung terutamanya, calon bebas ini – sebesar dan sehebat mana punlah namanya, tidak akan dapat sambutan dari rakyat sebab rakyat lebih percayakan parti politik untuk membentuk kerajaan dari individu.

 






3 Komen to Nak Lawan Najib Macam Mana, Mesyuarat Cawangan Pun Takde!!

  1. sman says:

    Elok bubarkan PPBM dan ahli yg beberpa kerat tu masuk DAP.

  2. Zack says:

    Setuju sbb nnt katanya x beri nasihat plk

  3. dkds says:

    hahahahaha…gaya macam GAH. rupanya tin kosong. Yang jadi orang atas semua harapkan orang yang diupah ketika dalam UMNO dahulu. tu sebab bebal nak buat kerja

Leave a Reply

Threesome