Menu Utama

Misteri Parti ‘Cap Bunga’ Yang Memalukan…

Masih lagi kecoh diperkatakan tentang parti ‘cap bunga’ yang dipengerusikan oleh seorang ‘negarawan terulung’ yang diandaikan sebagai ‘maksum’. Khabarnya, kedudukan parti itu kini sedang terancam dengan kemungkinan diharamkan RoS.

Parti itu bukan saja dipengerusikan bekas Perdana Menteri, malah ia juga berpresidenkan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri. Manakala Timbalan Presidennya pula adalah anak ‘negarawan’ yang merupakan lulusan luar negara dan bekas Menteri Besar.

Pendek kata, parti itu kononnya ditadbir urus oleh kepimpinan yang bukan calang-calang, malah paling hebat di seluruh cakrawala ini. Namun begitu, agak musykil juga mengapa mesyuarat cawangan pun gagal disempurnakan?

Pada pandangan penulis, hakikatnya nama-nama besar itu hanya ‘besar’ pada cakapnya sahaja. Namun dari segi pengurusan, mungkin semuanya gagal-gagal belaka. Perlembagaan parti sendiri pun mereka langgar? Inikan pula perlembagaan negara…

Tapi apakan daya, jika kita tegur atau kritik pun, bukannya mereka mahu mengaku kelemahan diri sendiri. Seperti biasa, mereka akan cari pihak lain untuk mereka ‘kambing hitam’kan. Orang lain juga yang ‘bodoh’, mereka jugalah kononnya paling ‘betul’ dalam dunia?

Sebelum ini, mereka sudah terbiasa berada di atas barangkali. Sudah biasa duduk di kerusi empuk dan hanya duduk menunggu kertas-kertas laporan terhidang di depan mata. Kalau dengan UMNO bolehlah mereka buat begitu, tapi dengan parti ‘cap bunga’ maka silap besarlah!

Mengapa? Jika diteliti pada ‘macai-macai’ yang berjaya dipengaruhi oleh ketiga-tiga ‘M’ itu, kita akan mudah dapat menjangka apa yang akan berlaku. Yang masuk parti ‘cap bunga’ pun bukan orang lain, orang UMNO pun rata-ratanya kenal dan tahu kemampuan mereka, bukan?

Lagipun, di zaman siapa UMNO pernah diharamkan di negara kita hingga terpaksa ditubuh ‘UMNO baru’? Hanya di zaman dia sahaja yang pelik-pelik berlaku. Berapa kali pula krisis perlembagaan berlaku di zaman ‘negarawan ulung’ itu?

Apa puncanya jadi begitu? Pada pandangan penulis, ia berlaku kerana dia fikir dirinya ‘serba betul’ dan ‘paling berkuasa’ dalam dunia. Jangankan menentang, baru kemuka cadangan pun dia ‘pangkah silang’! Siapa bersuara, ‘ke dalam’lah jawabnya…

Jadi, tidak hairanlah jika dia hanya mampu terjah KDN tanpa menyedari urus tadbir kepimpinannya sendirilah yang pincang hingga menyebabkan RoS terpaksa memberi amaran begitu sama ada pada ‘cap bunga’ mahupun Pakatan Harapan.

Tiada yang misteri pun melainkan ‘misteri’ yang berlaku di dalam parti ‘cap bunga’. Malah dikatakan ‘misteri’ yang menyelebungi parti itu turut menjadi bahan sindiran PAS? ‘Daftar parti pun gagal, macam mana nak urus negara?’. Memalukan!



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome