Menu Utama

Minyak: Pakatan Pun Akan Tentu Harga Ikut Pasaran

 

DALAM hal minyak ini, realitinya rakyat Malaysia sebenarnya tidak ada pilihan langsung selain menerima hakikat bahawa harga minyak akan ditentukan berdasarkan kepada harga pasaran.

Ini setelah, semua pihak berkaitan politik dalam negara ini sekarang mengakui, bahawa subsidi minyak yang secara pukal seperti dahulu, hanya akan merosakkan ekonomi negara dan perlu mengelak dari mengamalkannya.

Buktinya, Pakatan dalam Belanjawan Alternatif 2018 mereka, tidak menyebut tentang subsidi pukal minyak lagi.  Kalau tak tu dulu, berapa BN bagi, dia akan kurang 20 sen, 10 sen dan sebagainya.  Pakatan hari ini bercakap tentang subsidi terarah dengan subsidi 20 sen diberi hanya untuk kenderaan 1000cc ke bawah saja.

Tidak ada lagi subsidi pukal, pukul rata semua sama macam dulu.  Malah “peruntukkan” yang disediakan pun hanya RM 1 billion sahaja.  Sebagai perbandingan, sebelum subsidi minyak dihapuskan pada tahun 2014, kerajaan membelanjakan sebanyak RM 25 billion setahun hanya untuk subsidi minyak saja.

Itu yang jadi hairan bila penyokong Pakatan memaki Perdana Menteri kerana harga bahan bakar itu naik hari ini sedangkan sudah ditetapkan bahawa harga minyak di negara ini akan ditentukan ikut harga pasaran secara purata mingguan.  Kau maki beliau kenapa, yang Pakatan pun akan mengamalkan benda yang hampir sama juga (kalau dapat jadi kerajaan), tak dimaki pula.

Begitupun, jelas dengan kehidupan berjalan seperti biasa hari ini, semua kutukan bila minyak naik ini hanyalah permainan politik semata-mata.  Nanti bila turun, semua macai yang menyalak hari ini akan diam seperti kera balik ke hutan.






Satu Komen to Minyak: Pakatan Pun Akan Tentu Harga Ikut Pasaran

  1. geekpuk2 says:

    bodoh melantun.

    Kata tiada subsidi dan harga ditentukan pasaran terbuka tetapi kenapa kerajaan yang umukan harga?

    Kita tak patut bagi peluru free kepada Madey dan Pakatan Haramjadah. Ni rakyat dah marah dan kuasa kita diambang hujung tanduk

    Sepatutnys tiada lagi pengumuman harga dari kerajaan dan biar syarikat masing-masing tentukan harga sendiri.Kalau rakyat nak marah bukan kepada kerajaan tetapi kepada syarikat

    Kerajaan cuma kutip cukai yang sama daripada semua syarikat.

Leave a Reply