Menu Utama

Mana pergi peruntukan Marris RM2.9b?

Kerajaan PKR Selangor diminta mengisytiharkan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) berjumlah RM2.9 bilion yang diperolehnya sejak enam tahun lalu.

Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Barisan Nasional-Batang Kali) berkata, tindakan kerajaan negeri tidak mengisytiharkan perolehan peruntukan Marris se­bagai hasil bukan cukai dalam belanjawan kerajaan negeri me­nimbulkan persoalan.

Katanya, tindakan itu mencetuskan banyak keraguan terma­suk kemungkinan kerajaan ne­geri menyalahgunakan peruntukan da­­ripada Kerajaan Pusat untuk tu­juan lain dan bukannya menaik taraf serta menyelenggara 16,679 kilometer jalan di Selangor.

“Kegagalan kerajaan ne­geri mengisytiharkan penerimaan ser­­ta mengemukakan anggaran per­­belanjaan peruntukan Marris dalam belanjawan negeri me­ngundang banyak kekeliruan.

Apakah kerajaan negeri secara se-ngaja tidak merekodkan maklumat mengenai peruntukan Marris ke­rana membelanjakannya untuk tujuan lain?.

“Jika demikian, kerajaan ne­geri jelas melanggar Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan membabitkan bidang kuasa serta tanggungjawab di bawah Kumpulan Wang Disatukan,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mat Nadzari yang juga Penyelaras ADUN-ADUN BN Se­langor menambah, ber­da­­sarkan rekod daripada Kemen­terian Ke­­wangan, kerajaan ne­geri me­nerima RM416,971,395 per­untukan Marris daripada Kerajaan Persekutuan pada 2012 di­­ikuti RM498,033,994 (2013), RM523,486,773 (2014), RM468­,774,527 (2015), RM496,900,998 (2016) dan RM546­,591,098 (2017).

Utusan






Leave a Reply

Threesome