Menu Utama

Mana ada berbohong menghasut mengadu domba Istiqamah ikut Quran dan Sunnah?

oleh Kang Nasir

Berkata benarlah dalam setiap perkara agar memberi manfaat untuk kebaikan seluruh umat kerana itu perintah Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.”
( Al-Ahzaab : ayat 70-71 )

Sahabat-sahabat yang dikasihi dirahmati Allah. Sampaikan salam saya kepada PakLebai AgamaPAS yang bersusah payah berlumba-lumba menghimpun dosa jariah dengan menghasut mencela memfitnah sebagai bekalan kesyurga ciptaan mereka kerana mengharap redha cai penganut agama PAS.

Sepatutnya mereka tahfiz masakan tidak tahu. Sebelum terjebak dengan dosa #FITNAH, Allah dah tunjukkan cara menghindarinya dalam Surah Al Hujurat ayat 12. Iaitu dengan menjauhi PRASANGKA BURUK. Kerana dari dosa sangkaan buruk itulah punca terjebak dengan DOSA FITNAH DAN DOSA JARIAH YANG BERANTAI.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;”
(Al Hujurat : ayat 12)

Jika benar ustaz mahu bicara tentang manfaatnya islam dan hukum islam untuk manfaat pada seluruh mukmin. Dahulukanlah kesucian islam pada perkara yang Allah redha. Bukan buat ikut suka sesuka hati sepuas hati untuk kepentingan diri dan parti.

Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
ﺃَﻟَﺎ ﺃُﻧَﺒِّﺌُﻜُﻢْ ﺑِﺄَﻛْﺒَﺮِ ﺍﻟْﻜَﺒَﺎﺋِﺮِ ﺛَﻠَﺎﺛًﺎ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ . ﻗَﺎﻝَ : ﺍﻟْﺈِﺷْﺮَﺍﻙُ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻋُﻘُﻮﻕُ ﺍﻟْﻮَﺍﻟِﺪَﻳْﻦِ ﻭَﺟَﻠَﺲَ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﻣُﺘَّﻜِﺌًﺎ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺃَﻟَﺎ ﻭَﻗَﻮْﻝُ ﺍﻟﺰُّﻭﺭِ ﻗَﺎﻝَ ﻓَﻤَﺎ ﺯَﺍﻝَ ﻳُﻜَﺮِّﺭُﻫَﺎ ﺣَﺘَّﻰ ﻗُﻠْﻨَﺎ ﻟَﻴْﺘَﻪُ ﺳَﻜَﺖَ
“Maukah aku kabarkan kepada kamu sebesar-besarnya dosa besar?” Beliau mengucapkannya tiga kali. Mereka (para sahabat) menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”. Beliau bersabda, “Menyekutukan Allah (syirik) san durhaka kepada kedua orang tua”. Beliau duduk sebelumnya beliau bersandar, lalu beliau bersabda, “Ingat, juga perkataan palsu”, Perawi berkata, “Beliau selalu mengulangi ucapannya, hingga kami berharap beliau diam” [HR Bukhari, no 5918, Muslim no.87, lafazhnya bagi Bukhari]

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)






Leave a Reply

Threesome