Menu Utama

Mampukah Banjir Di P. Pinang Insafkan Guan Eng?

Seluruh negara kini sedang tertumpu kepada negeri Pulau Pinang yang kini sedang dilanda musibah banjir yang mungkin antara yang paling teruk dalam sejarah di negeri itu. Dilaporkan lebih separuh negeri tersebut ditenggelami air.

Penulis secara peribadi turut bersimpati dengan musibah yang menimpa negeri pimpinan Lim Guan Eng itu itu. Walaupun negeri itu ‘bertuankan’ DAP, namun dalam hal membabitkan bencana alam sebegitu, ianya terletak pada kuasa dan ketentuan Allah SWT.

Sebagai contoh, biarpun Jepun mahupun Amerika Syarikat merupakan dua buah negara maju dan kuasa besar dunia, namun sehebat mana pun pencapaian dan teknologi mereka, negara-negara berkenaan tidak dapat mengatasi kuasa Allah SWT terhadap makhluknya. Itu jelas.

Meskipun begitu, Guan Eng akhirnya menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta bantuan ATM bagi mengatasi bencana banjir yang melanda rakyat di negeri tersebut.

Penulis tertanya-tanya, ke mana perginya Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang sebelum ini begitu dibangga-banggakan Guan Eng? Ke mana hilangnya pasukan beruniform yang kononnya mampu membantu rakyat di Pulau Pinang itu? Mereka ‘demam’ dan semua MC?

Penulis yakin bahawa Guan Eng juga tahu tentang Selangor yang merupakan negeri terkaya di negara ini dan dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang sangat ‘prihatin’ bernama Dato’ Seri Azmin Ali. ‘Prihatin’ atau tidak, penulis pernah melihat dia masuk bersihkan longkang!

Kenapa Guan Eng tidak hubungi saja Azmin memohon bantuan dari Selangor dengan kadar segera? Bukankah Azmin berkuasa untuk mengerah semua jentera PBT Selangor untuk membantu Guan Eng menangani banjir? Dengan kekayaan yang Selangor miliki, penulis yakin Azmin sangat mampu membantu dalam pelbagai aspek…

Namun memandangkan Guan Eng sudah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, maka awal-awal pagi lagi bantuan sudah dihulur. Malah penulis yakin bahawa tanpa perlu Guan Eng hubungi Ahmad Zahid pun, Kerajaan Pusat pasti takkan biarkan rakyat Pulau Pinang menderita.

Sebagai contoh, negeri jiran Guan Eng, Kedah di era pentadbiran Almarhum Tan Sri Azizan Razak dulu pun pernah teruk dilanda banjir besar. Namun tanpa perlu diminta, Kerajaan Pusat berbesar hati menghulur bantuan kepada rakyat di sana.

Penulis masih ingat betapa Almarhum dahulu berterima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak atas bantuan berkenaan. Orang PAS yang kini bersama PAN ketika itu begitu marahkan arwah dan menuduh beliau sebagai ‘pro-Najib’.

Dan kini, tiba giliran Guan Eng pula. Tanpa diminta, Najib mengambil inisiatif turun sendiri melihat dan memantau perkembangan bencana yang melanda negeri Guan Eng. Penulis yakin, bantuan hadir bersama beliau. Soalnya, apakah Guan Eng mampu bersikap seperti arwah Azizan Razak?

Pada pandangan penulis, usahlah dipolitikkan sangat bencana yang melanda negeri Pulau Pinang sekarang. Kini adalah masa untuk menangani dan membantu mangsa-mangsa yang terjejas dari musibah yang melanda di negeri tersebut. Usah menangguk di air yang keruh.

Cuma penulis harap, apa yang berlaku kini bukan saja akan membuka mata Guan Eng terhadap bencana banjir yang selama ini melanda negara terutama yang melibatkan ibu negara, Johor, mahupun Kelantan yang ditadbir kerajaan PAS.

Bencana seperti ini adalah kuasa Allah SWT dan jangan ingat jika ada yang menggelar diri Guan Eng sebagai ‘tokong’ maka dia akan ‘kebal’ dari ditimpa musibah dariNya. Insaflah Guan Eng. Jangan sewenang-wenangnya salahkan kerajaan BN atau PAS selepas ini. Faham?






Leave a Reply

Threesome