Menu Utama

LIEW CHIN TONG JANGAN PERTIKAI ASPEK PERTAHANAN NEGARA!

Belum reda isu kami membalas kenyataan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tentang pembentangan Bajet 2018. Kini timbul lagi isu yang ditimbulkan oleh beliau.

Kali ini, ia rasanya lebih berat dan biadap. Lebih-lebih lagi ia tidak menggambarkan sikap beliau sebagai seorang wakil rakyat.

Bagi kami, apabila seorang wakil rakyat mempertikaikan serta mempolitikkan isu pertahanan negara, ia menggambarkan tidak ada langsung sifat patriotisme serta menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan dalam diri beliau sendiri.

Sedangkan mereka inilah yang bersengkang mata, meninggalkan keluarga serta sanggup berkorban jiwa dan raga demi memastikan rakyat Malaysia seperti Liew Chin Tong ini dapat menikmati tidur yang nyenyak setiap malam!

Isu yang timbul apabila Liew Chin Tong mempersoalkan tentang kehadiran hampir 1,079 anggota tentera yang bakal menduduki kem tentera baharu yang bakal siap hujung tahun ini di Segamat.

Apa malang pengundi Parlimen Kluang berwakil rakyatkan seorang pemimpin seperti Liew Chin Tong. Itulah, pilih lagi wakil rakyat ‘makhluk asing’. Kalau perkembangan di Johor pun tidak tahu, apatah lagi di kawasan Kluang.

Melihat kepada tindakan Liew Chin Tong ini, ia merupakan satu tindakan terdesak Pakatan Harapan yang menyasarkan anggota pertahanan negeri sebagai subjek politik murahan mereka selama ini.

Umum sudah mengetahui, bahawa 4 kem tentera baharu bakal dibina serta bakal siap pada hujung tahun ini. Ia bukan sahaja dibina di Segamat, malah terdapat juga di Hutan Melintang, Perak, Bera di Pahang dan Pagoh di Johor.

Pembinaan kem tentera baharu ini juga sebagai salah satu langkah kerajaan bagi menambah kedudukan strategik aset pertahanan.

Ia juga berkait rapat faktor kedudukan kem di lokasi-lokasi sedia ada didapati tidak lagi sesuai kerana berada di tengah-tengah kawasan pembangunan selain melibatkan kos penyelenggaraan tinggi.

Persoalannya, mengapa Liew Chin Tong hanya menyerang Ken Tentera Segamat dan tidak menyerang Kem Tentera Pagoh?

Ia sudah tentu usaha Pakatan Harapan dalam meletakkan calon ‘makhluk asing’ baharu bagi bertanding di Parlimen Segamat.

Beliau ialah Datuk Seri Dr R Santhara Kumar daripada PKR yang sebelum ini kalah di PRU-13 Selangor. Mahu mencuba nasib merampas kerusi Parlimen Segamat daripada penyandangnya ketika ini iaitu Datuk Seri S Subramaniam, Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC.

Mengapa Liew Chin Tong tidak menyerang Kem Tentera Pagoh?

Sudah tentu Pakatan Harapan berasa tidak tergugat di Parlimen Pagoh kerana ia ialah kawasan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagi mereka mana mungkin Tan Sri akan kalah di kawasan sendiri?

Maka jalan yang terbaik ialah menyerang anggota tentera di Kem Tentera Segamat.

Seperkara lagi, walaupun kem tentera ini masih dalam proses akhir pembinaan, tetapi sudah lama wujud penempatan sementara anggota tentera di Segamat sementara menanti kem ini siap sepenuhnya.

Lagi pula ia jelas apabila Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menetapkan menetapkan bahawa pendaftaran setiap anggota tentera dan pasangan sebagai Pengundi Tidak Hadir(Pengundi Pos) serta setiap anggota polis PGA dan pasangan dibuat berasaskan kepada tempat di mana anggota ATM atau PDRM itu bertugas dan tidak mengikut alamat bermastautin anggota ATM atau PDRM seperti mana yang dibuat bagi pendaftaran pengundi biasa.

Jadi, mengapa dipersoalkan kehadiran mereka di Segamat?

Pada pandangan kami, Pakatan Harapan yang ditunjangi oleh DAP memang tidak senang melihat kerajaan sentiasa mengambil berat soal keselamatan serta mempertingkatkan aspek pertahanan negara.

Sebab itu, tidak pelik apabila soal keselamatan dan pertahanan tidak pernah wujud dalam bajet alternatif Pakatan Harapan tempoh hari.

Akhir kata kepada Yang Berhormat Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang. Jika menebal sangat sifat komunis DAP itu di dalam diri. Adalah lebih baik bersembunyi daripada tonjolkan diri. Kami pesan sahaja.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor






Leave a Reply