Menu Utama

Lapan Bahagian PPBM Johor kemukakan aduan kepada ROS

Sebanyak lapan Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari negeri Johor mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di sini hari ini berhubung kegagalan pucuk pimpinan PPBM mematuhi ketetapan perlembagaan parti itu.

Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata, pucuk pimpinan PPBM sehingga kini gagal memenuhi ketetapan perlembagaan parti berkenaan iaitu mengadakan mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan selepas tempoh setahun penubuhan parti itu pada 9 September lalu.

“Sehingga ke tarikh hari ini, pihak kami tiada menerima sebarang notis bertulis pelaksanaan mesyuarat agung peringkat cawangan dan bahagian mahupun penyampaian mengenainya secara lisan atau sebaran media sosial.

“Kesan daripada tidak melaksanakan mesyuarat agung, kami tidak mengetahui status dan kedudukan parti dari segi perancangan,gerak kerja parti, keahlian dan kesahihan penjawat jawatan dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas mengemukakan aduan berkenaan di luar pejabat ROS di sini hari ini.

Kesemua lapan Bahagian PPBM negeri Johor yang mengemukakan aduan itu adalah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Ang­katan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Semberong. – UTUSAN ONLINE






Satu Komen to Lapan Bahagian PPBM Johor kemukakan aduan kepada ROS

  1. Saya ni says:

    Parti fast food je ni.tak jejas langsung.bagi aku parti2 lain xjejaskan kedudukan umno.yg bt umno tjejas sbb ahli2 sendiri Dan pemimpin atasan.bersihkan umno dr korup.insyaAllah umno terus releven.

Leave a Reply

Threesome