Menu Utama

Kisah Kegagalan Pakatan Kalahkan Kerajaan 52-51

oleh Ab Jalil Backer

Ahli Parlimen BN ada bermacam tugas lain termasuk tugas kabinet, GLC, masyarakat kawasan dan tempat rakyat mengadu. Kadang-kadang lembu hilang pun cari wakil rakyat BN.

Jadi kita boleh faham jika ada antara mereka tidak hadir di Parlimen.

Sebaliknya majoriti ahli Parlimen pembangkang bukan sahaja tidak “service kawasan”, kebanyakan mereka hanya membuat sidang akhbar dan main media sosial sahaja.

Kenapa hanya 51 orang sahaja dari mereka yang hadir dalam undian semalam?

Jadi sebelum Datuk A Kadir Jasin mempersoalkan komitmen Ahli Parlimen BN, beliau patut bertanya dulu di mana pasukan beliau?

Bukankah memalukan, BN hanya menurunkan kurang dari separuh kekuatan pun mereka tidak mampu menang?

Hakikatnya jika semua ahli parlimen pembangkang ada semalam, kerajaan akan kalah dalam undian tersebut.
Macam mana hendak tadbir negara, jika pasukan kecil BN pun mereka tidak mampu kalahkan? 😂

Apa pun ini pengajaran kepada Menteri KPDNKK. Buat kerja anda betul-betul. Semaklah jumlah kehadiran sebelum proses bermula. Jangan ego sangat.






Leave a Reply

Threesome