Menu Utama

Kerajaan Tangani Isu Kenaikan Harga Minyak Gusarkan Pakatan

ISU kenaikan harga minyak negara yang berpunca dari kenaikan harga minyak dunia dilihat cuba dipolitikkan oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP dengan meletakkan beban kesalahan tersebut sepenuhnya atas bahu kerajaan Barisan Nasional.

Namun usaha tersebut menemui jalan buntu apabila kerajaan berjanji untuk bertindak jika harga runcit petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter selama 3 bulan berturut-turut.

Bagi membolehkan mereka terus memanipulasikan isu harga minyak ini, seorang Ahli Parlimen Kelana Jaya dari parti PKR, Wong Chen mendakwa kerajaan tidak ikhlas dalam janji tersebut.

Menurut Wong Chen, janji itu kekurangan maklumat kerana tiada komitmen diberikan mengenai cara subsidi akan diberikan. Beliau memberi alasan kononnya tawaran yang ikhlas ialah memberi subsidi kepada orang ramai tanpa syarat. Dan sebahagian besar hasil minyak tambahan kerajaan akan dikembalikan kepada pengguna.

Kita amat maklum bahawa tidak sampai 20% janji Pakatan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu berjaya mereka tunaikan. Kini mereka ada hati mempertikaikan janji yang semestinya akan ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam isu kenaikan harga minyak ini.

Kerajaan akan mengenal pasti “tindakan sewajarnya” untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api, jika harga runcit RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama 3 bulan. Langkah itu bertujuan untuk tidak akan membebankan rakyat, selain memastikan kadar inflasi terkawal dalam jangka sederhana serta panjang.

Tindakan Wong Chen tersebut dilihat sebagai amat tidak bertanggungjawab. Beberapa fakta yang kita perlu tahu berkenaan dengan subsidi minyak agar tidak diperbodohkan dan ditipu Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data pendaftaran kenderaan Malaysia sehingga 30 Jun, 2017, dengan jumlah kenderaan di jalan raya kami berjumlah 28,181,203 unit.

Bagi mereka yang menjaringkan skor, itu adalah 0.88 kenderaan untuk setiap orang di negara ini. Mari lihat lebih dekat pada data.

Secara keseluruhan, terdapat 13,288,797 kereta dan 12,933,042 motosikal yang didaftarkan, serta 185,035 kenderaan perkhidmatan awam (PSV) termasuk bas, teksi dan kenderaan sewa persendirian.
Pendaftaran kenderaan barangan, sebaliknya, mencapai 1,205,744 unit.

Malaysia pula menggunakan ~760,000 tong minyak mentah sehari. Ini bermakna bahan bakar diguna adalah 760k x 159 = 120,840,000 liter.

Jika diberi subsidi 1sen/liter maka Kerajaan perlu membayar Rm1,208,400 setiap 1sen dan Rm12,084,000 setiap 10sen dalam masa sehari.

Setahun Rm1,208,400 x 365 = RM441,066,000 bagi setiap 1sen maka RM4.41 bilion bagi setiap 10sen.

Jika subsidi 50 sen seliter maka jumlahnya menjadi RM22 Bilion. Ianya hampir separuh dari jumlah peruntukan pembangunan dlm Bajet 2018.

Dalam tahun 2016 Malaysia eksport Crude Oil bernilai RM22.3 Billion dan import produk petroleum iaitu Petrol/Diesel bernilai RM62.6 Billion.

Nilai import petrol/diesel adalah 3 kali ganda lebih tinggi dari nilai Crude Oil yang dieksport.

Oleh itu, Wong Chen, anda perlu belajar fakta terlebih dahulu sebelum menuduh kerajaan dengan dakwaan yang berniat jahat tersebut.






Leave a Reply

Threesome