Menu Utama

Kerajaan Pusat akan bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Pusat yang dipimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten dalam membantu rakyat yang menimpa musibah atau bencana, meskipun mereka berada di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.

Menurut Perdana Menteri, bantuan itu dihulurkan atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kerajaan Pusat terhadap masyarakat negara ini tanpa mengira fahaman politik.

“Berkenaan dengan banjir ini, tidak payah kerajaan negeri meminta (bantuan). Kita sebagai kerajaan Pusat, kalau ada musibah walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang, kita tetap akan membantu.

“Ini soal kemanusiaan dan tanggungjawab kita sebagai kerajaan Pusat,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau persiapan Hospital Medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan menerusi video secara langsung Facebook beliau berkata, kerajaan negeri yang dipimpin DAP itu terpaksa memohon bantuan daripada ATM bagi membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir di negeri tersebut. –

UTUSAN ONLINE






Leave a Reply