Menu Utama

Keputusan Zahid Tidak Jumpa Mahathir Adalah Tepat

TERBUKTI Pakatan Harapan tidak boleh didaftarkan kerana masalah yang disebabkan oleh mereka sendiri – yang DAP masih belum hantar laporan mesyuarat CEC, yang PPBM pulak mesyuarat cawangan pun takde, jangan kata AGM lagilah.

Oleh itu, tindakan Mahathir mahu berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datu Sri Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang tentang hal ini, adalah memusykilkan ramai pihak.  Benda boleh selesai di peringkat pegawai tapi Mahathir nak juga jumpa Menteri tu apahal?

Lagipun apa besar sangat bendanya tu? DAP hantar laporan, PPBM buat mesyuarat cawangan, selesai masalah, nak jumpa Menteri buat apa, bukan masalahnya pada Menteri pun tapi pada kamu sendiri.

Maka tak hairanlah kenapa tidak kurang banyak juga pihak yang mengaitkan ini cubaan Mahathir untuk mengeliruan rakyat dengan mempolitikkan perkara ini kalau perjumpaan dengan Zahid itu diadakan.

Semua orang tahu parti Mahathir sedang hadapi masalah besar sekarang ni kerana masih gagal buat mesyuarat cawangan pun selepas lebih setahun ditubuhkan – jangan kata AGM lagilah.  Gebang bukan main besar lagi kau, juta ahli sana, juta ahli sini tapi nak buat mesyuarat cawangan pun tak boleh sebab cawangannya tak wujud.

Apa lagi yang boleh dilakukan selain mempolitikkan perjumpaan dengan Zahid sekiranya ia berlaku untuk mengembalikan keyakinan penyokong yang semakin merudum sekarang.

Justeru keputusan Zahid untuk tidak berjumpa dengan Mahathir bagi membincangkan perkara ini memang tepatlah.






Leave a Reply

Threesome