Menu Utama

Jack Ma kagum dengan kepimpinan Najib

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma hari ini menzahirkan rasa kagum dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam merealisasikan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) di negara ini.

Katanya, kepimpinan Perdana Menteri dilihat berjaya ‘membuang’ halangan-halangan yang wujud dalam memastikan inisiatif DFTZ dapat dilaksanakan di negara ini.

“Saya sangat kagum dengan kepimpinan Najib yang merealisasikan perkara ini. Ada keterujaan kita lihat dalam menjayakannya.

“Banyak negara bercakap tentang perkara ini tetapi Malaysia telah mengorak langkahnya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Taman DFTZ Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau KLIA Aeropolis DFTZ Park di sini. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

Threesome