Menu Utama

ISA: Budak-Budak Boleh La Dia ‘Auta’…

Dalam satu program dialog dengan anak-anak muda bersama sahabat karibnya, Lim Kit Siang baru-baru ini, ‘negarawan ulung’ telah ditanya tentang tindakannya yang menahan ramai individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Maka dia pun ‘melencong’ menuding jari kepada tiga orang bekas Perdana Menteri sebelumnya, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussien Onn.

Dia kata, zaman tiga Perdana Menteri sebelumnya itu lebih ramai individu yang ditahan di bawah akta itu berbanding di zamannya. Maksudnya, dia merujuk kepada jumlah tahanan yang ditangkap di zamannya berbanding sebelumnya.

Pada pandangan penulis, nampaknya bekas ‘diktator’ itu cuba memperbodoh-bodohkan anak-anak muda yang hadir di program tersebut. Dia cuba ‘divert’ isu sebenar dan mengemukakan hujah yang terlalu rapuh.

Sebenarnya, jumlah bilangan tahanan hanyalah faktor sampingan sahaja. Lagipun, jika diteliti tahanan-tahanan ISA di zaman tiga Perdana Menteri sebelumnya itu adalah kebanyakkannya melibatkan pergerakan pengganas komunis dan subversif di zaman tersebut.

Kita semua tahu bila ancaman komunis dapat ditamatkan dan yang paling jelas, ancaman tersebut telah berkurangan sejak dia naik ‘takhta’ sebagai ‘diktator’. Maka, tidak hairanlah jika ramai yang ditahan di zaman komunis mengganas itu, bukan?

Berbanding di zaman ‘maha-Firaun’, siapakah yang menjadi mangsa tahanan di bawah ISA? Setelah gerakan komunis ditamatkan, nampaknya dia menggunakan kuasa dan akta yang ada untuk menahan ahli-ahli politik yang disyaki menentang rejimnya?

Penulis melihat, keberkesanan tindakan itu telah menyebabkan ramai ahli politik yang takut padanya. Bukan saja di kalangan pembangkang, malah pemimpin parti yang mewakili Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO pun dia ‘cekup’, bukan?

Apa puncanya? Dia mendakwa ahli-ahli politik yang ditahan itu dipercayai mampu mengancam keselamatan dalam negara? Penulis tidak dapat bayangkan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Ibrahim Ali dan sewaktu dengannya dulu mampu mengancam keselamatan negara.

Apakah mereka dianggap mengancam keselamatan negara dengan mengadakan demonstrasi jalanan, membantah dan mengancam kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika itu maka mereka layak dianggap ‘mengancam keselamatan negara’?

Jika pandangan itu benar, maka sepatutnya lebih ramai yang ditahan di bawah ISA pada zaman ini, bukan? Bukan saja mengganas berdemontrasi jalanan setiap tahun, malah ramai yang kurang ajar menjejaskan imej Kerajaan dan Perdana Menteri.

Jadi, perlukah mereka semua yang terlibat itu, termasuk bekas ‘diktator anak beranak’ itu ditahan di bawah ISA? Mujurlah ISA telah dimansuhkan. Jika tidak, pasti kem tahanan di Kamunting itu jadi macam ‘kandang kambing’, sesak penuh dengan tahanan ISA.

Jelaslah isu signifikan yang dipersoalkan dalam hal ini adalah lebih kepada ‘punca ditahan’, bukan jumlah bilangan.

Punca ramai individu ditahan di zaman tiga Perdana Menteri sebelumnya adalah normal kerana berpunca dari pengganas komunis. Sedangkan mereka yang ditahan di zaman ‘diktator’ itu adalah kerana menentang kepentingan politik peribadinya, bukan?

Mungkin dia fikir, dia boleh ‘auta’ budak-budak yang ada di depannya di program tersebut. Namun yang pasti, dia tidak mungkin dapat menipu mereka yang tahu dan hidup di zaman dia bermaharajalela sebagai ‘diktator’ paling berjaya dulu.

Pada hemat penulis, anak-anak muda tidak perlulah tanya kepada ‘negarawan maksum’ itu kerana dia sememangnya ‘tidak pernah buat salah’. Jika buat salah pun, dia akan cuba sedaya upaya pesongkan hujah supaya memihak padanya. Dia memang biasa begitu sejak dulu, ‘dah lama dahhhh….’.






Leave a Reply

Threesome