Menu Utama

INSENTIF PELEPASAN CUKAI APABILA MENABUNG ISTIMEWA BUAT RAKYAT MALAYSIA

Bajet 2018 telah berjaya disempurnakan pada Jumaat lepas dengan memberikan tumpuan keistimewaan kepada individu pembayar cukai. Bertemakan “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50”, Bajet 2018 telah disempurnakan di dewan Parlimen oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Manfaat individu berkeluarga yang mempunyai anak yang masih kecil atau sedang belajar dapat dirasai dengan permulaan memulakan tabung pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Satu langkah bijak dalam merebut peluang tabungan pendidikan yang dapat dinikmati bersama dengan pelepasan cukai ini.

Tabung pendidikan kelolaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional telah dijenamakan kepada Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) adalah satu mekanisma budaya tabungan yang bijak dan kerajaan memperuntukkan RM 250 juta disediakan kepada 500 ribu pencarum berumur 7 hingga 12 tahun.

Tambahan Geran Sepadan RM 5 ratus telah diumumkan dalam bajet 2018 akan diberikan kepada mereka yang mempunyai jumlah caruman sekurang-kurangnya RM 5 ratus dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai usia 18 tahun.

Bagi pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM 4 ribu sebulan juga layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan mengikut syarat-syarat seperti berikut:

a) Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM 10 ribu satu keluarga;

b) Pendeposti mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM 4 ribu;

c) Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan;

d) Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan;

e) Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima manfaat.

Berita perlanjutan pelepasan cukai ke atas simpanan SSP1M ini juga di sambut baik oleh pembayar cukai yang layak iaitu tempoh pelepasan cukai pendapatan individu dilanjutkan, terhad kepada RM 6 ribu, bagi simpanan bersih yang dibuat ke dalam SSP1M selama tiga tahun mulai tahun taksiran 2018.

Keistimewaan pelepasan cukai tidak seharusnya ditolak dan sebagai pembayar cukai yang berkeluarga, keistimewaan pelepasan melalui tabungan ini secara relatif akan mengurangkan cukai perlu di bayar oleh setiap individu disamping simpanan tabungan pendidikan anak-anak sudah terjamin.






Leave a Reply