Menu Utama

INSENTIF CUKAI KEPADA VENTURE CAPITAL DAN ANGEL INVESTOR BANTU JANA PENDAPATAN LEBIH TINGGI

Pertumbuhan pernigaan di Malaysia semakin pesat kini. Ini membuka ruang kepada syarikat start up atau pemula niaga untuk meluaskan dan menambahbaik perniagaan mereka dengan bantuan modal yang lebih besar daripada crowd funding, angel investor dan venture capital.

Angle investor adalah terdiri daripada orang perseorangan yang memiliki kekuatan dalam kewangan untuk menyuntik dana ke dalam perniagaan baru yang boleh berpotensi untuk pergi jauh. Mereka ini adalah kelompok yang lebih kecil berbanding venture capital dan pelaburan mereka di tahap permulaan atau pertengahan sesebuah perniagaan.

Venture capital pula merupakan syarikat yang menggunakan wang dari pihak lain untuk melabur. Kebiasaanya mereka menguruskan pengumpulan dana daripada pelabur untuk melabur besama dan menawarkan sebagai saham dalam sebuah perniagaan.

Menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Sekuriti bagi tahun 2016, sejak industri venture capital diperkenalkan pada tahun 1984, pertumbuhan dapat dilihat dengan begitu memberangsangkan dari RM 3.3 billion di tahun 2006 dan telah meningkatkan hampir dua kali ganda kepada RM 6.5 billion dana sedia ada.

Berdasarkan Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM 1 bilion disediakan oleh pelabur institusi utama untuk pelaburan venture capital dalam sektor keutamaan terpilih yang diselaras oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Ini termasuklah kerajaan akan meluaskan pengecualian cukai pendapatan, meliputi fi pengurusan dan fi prestasi yang diterima oleh syarikat pengurus venture capital mulai tahun taksiran 2018 hingga 2022.

Oleh yang demikian, bagi memberi kemudahan kepada syarikat venture capital untuk melabur di dalam syarikat teroka, had minima pelaburan dalam syarikat teroka dikurangkan daripada 70 peratus kepada 50 peratus, mulai tahun taksiran 2018 hingga 2022.

Syarikat atau individu yang melabur dalam syarikat venture capital, diberi potongan cukai bersamaan amaun pelaburan yang dibuat di dalam syarikat teroka, terhad kepada maksima RM 20 juta setahun.

Ini termasuklah galakan pengecualian cukai pendapatan yang bersamaan jumlah pelaburan oleh angel investor dalam syarikat teroka dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.






Leave a Reply