Menu Utama

Inovasi Dan Integriti Tinggi LHDNM Mampu Realisasikan TN50

TN50

Menerusi Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 2017 yang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah di Menara Hasil Cyberjaya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menyemarakkan budaya inovasi dan pengamalan nilai integriti dalam kalangan warga kerjanya.
Majlis sambutan Hari Inovasi dan Integriti ini turut melakar sejarah yang tersendiri apabila ia turut dihadiri dan dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) buat julung-julung kalinya.

Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam ucapan perasmiannya berkata, menerusi pembudayaan inovasi berteraskan nilai-nilai integriti yang tinggi, Malaysia berada di landasan yang kukuh dalam usaha untuk mencapai High Income Advanced Economy menjelang tahun 2020 sekaligus mampu untuk merealisasikan visi dan misi Transformasi Nasional 50 (TN50) yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga mengiktiraf peranan LHDNM dalam membantu kerajaan mengutip hasil cukai demi kelestarian sosio-ekonomi negara dan sudah tentunya LHDNM merupakan sebuah agensi penting dalam sistem perkhidmatan awam negara.

Tambahnya lagi, “LHDNM merupakan agensi utama yang menyumbang lebih separuh daripada hasil pendapatan negara menerusi kutipan cukai pendapatan. Justeru itu, LHDNM mempunyai peranan dalam merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi”.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Dato’ Sri Sabin Samitah dalam ucapannya pula berkata, Sambutan Hari Inovasi dan Integriti LHDNM 2017. Beliau terus menyatakan komitmen LHDNM dalam menyokong setiap perancangan kerajaan melalui perlaksanaan peranannya sebagai ejen kutipan hasil dan penguatkuasaan undang-undang percukaian.

Justeru, LHDNM akan sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan sedia ada dalam usaha untuk memudahkan urusan pembayar cukai menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara di samping menguatkuasakan undang-undang bagi menutup peluang pelarian cukai.

Dalam usaha untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pelanggan dalam kalangan warga kerja, LHDNM juga mengumumkan akan melaksanakan Program Nine Golden Rules For High Impact Customer Service di seluruh Cawangan LHDNM

Program ini berbentuk siri taklimat kepada warga kerja LHDNM ini akan memberikan penekanan kepada tiga elemen komunikasi yang penting iaitu, kemahiran mendengar, kemahiran bercakap dan penguasaan bahasa badan.






Leave a Reply