Menu Utama

Idea Tubuh PPBM Hasil Cadangan DAP dan NGO Bukan Melayu – Kamarulzaman

KUALA LUMPUR – Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan sebahagian dari idea pemimpin politik Bukan Melayu termasuk dari DAP dan NGO pro pembangkang.

Bekas pengasas bersama PPBM, Kamarulzaman Habibur Rahman yang mendedahkan perkara itu berkata idea tersebut timbul selepas Pakatan Harapan yang diwakili Parti Amanah Negara (PAN) tewas teruk dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun 2016.

“Pada peringkat itu kami merasakan bahawa Pakatan Harapan mempunyai momentum yang amat besar dengan pengaruh Tun yang turun sendiri di kedua-dua kawasan ini untuk berkempen Pakatah Harapan.

“Tetapi apabila keputusan keluar kami amat terperanjat melihatkan akhirnya kami tewas dengan teruk sekali,” katanya dalam forum “PPBM Penyebab Kemusnahan Bangsa Siri 1: Penubuhan Bermotifkan Kepentingan Peribadi” malam tadi.

Ekoran itu, katanya, pemimpin pembangkang dan NGO dalam mesyuarat post mortem yang dipengerusikan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana telah membuat keputusan parti Melayu baru perlu ditubuhkan untuk memecahkan kekuatan UMNO.

“Orang Melayu atau rakyat Malaysia perlu sedar bahawa post mortem yang dijalankan telah dihadiri oleh bukan sahaja pemimpin parti politik Melayu tetapi ia juga dihadiri oleh pemimpin parti politik bukan Melayu, DAP dan NGO-NGO bukan Melayu.

“Dalam mesyuarat itu, satu rumusan dibuat, bahawa sekiranya Pakatan Harapan atau pihak pembangkang mahu melihat kejayaan dalam pilihan raya akan datang, sesuatu perlu dilakukan ke atas UMNO iaitu suatu usaha perlu dijalankan untuk memecahkan kekuatan UMNO.

“Mereka akhirnya telah mengambil keputusan bahawa sebuah parti politik Melayu baru perlu ditubuhkan (kerana) ini satu satunya cara untuk menarik sokongan Melayu keluar dari UMNO,” ujarnya lagi.

Mengikut rekod, PPBM, yang didaftarkan pada September 2016, merupakan parti serpihan Melayu kedua ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang setahun. Sebelumnya Parti Amanah Negara (PAN) telah ditubuhkan selepas sekumpulan pemimpin PAS yang cenderung kepada DAP tewas teruk semasa pemilihan kepimpinan parti di Muktamar PAS 2015. – MyKMU.Net






Satu Komen to Idea Tubuh PPBM Hasil Cadangan DAP dan NGO Bukan Melayu – Kamarulzaman

  1. Pemerhati says:

    ironinya penubuhan ‘ppbm’ juga membawa maksud ‘parti pecah belah melayu’ seperti yang dikehendaki orang bukan melayu agar satu parti baharu dapat ditubuhkan untuk memecahbelahkan kekuatan UMNO yang mempunyai ahli paling teramai berbangsa Melayu

    kafir laknat lim kit siang:
    “lu kena cepat tubuh satu parti pecah belah melayu dalam UMNO

    musibat anak haram mahathir:
    “parti pecah belah melayu stands for ‘ppbm’, sedap nama ‘ppbm’ tu nanti wa kasi tukar dengan parti pribumi bersatu Malaysia”

    shafie afdal ‘the bedal\'(RM1.5 bilion dana KKLW):
    “duit besar sudah masuk duit besar sudah masuk, aku pulak nak tubuh ‘warisan’

    musibat anak haram mahathir:
    “shafie, shaDAP you!”

    shafie afdal ‘the bedal’:
    “why shaDAP?”

    musibat anak haram mahathir:
    “aku terasa le sebab aku bedal lagi banyak dari ko”

Leave a Reply