Menu Utama

#HinaBugis: Mahathir Perlu Henti Guna Budak-Budak

PENULIS mengira, ini sudah dua kali Mahathir terlibat kontroversi dengan golongan diraja – sejak dia jadi Top Dog Pakatan ini saja.  Kalau campur masa dia jadi Perdana Menteri dulu, jawabnya tak terkira.

Apa pun, dalam kedua-dua kontroversi ini, Mahathir guna budak-budak untuk menjawab bagi pihaknya dan ia adalah budak-budak yang sama (yang kata cuba dirasuah RM 5 juta untuk keluar PPBM tapi tak pula berani nak melapurkan kepada SPRM) menjadi orang suruhannya.

Kelas macam manakah orang yang pernah digelarkan negarawan ini bila hanya berani guna budak-budak?

Apa Muhyiddin tak berani ke depan, apa Mukhriz tak berani ke depan atau mana-mana tua bangka dalam PPBM tu yang berani ke depan untuk mempertahankan Mahathir, asyik budak-budak ini saja?  Atau mereka sengaja menjauhkan diri biar kalau kena apa-apa pun budak ini yang ke dalam dulu?

Mengotorkan tangan orang lain supaya tangannya sentiasa bersih dan suci, bukan asing bila bercakap pasal Mahathir. Dari dulu Mahathir memang macam itulah untuk menjaga kredebiliti dirinya di kemudian hari, supaya apa yang buruk tidak terpalit semua ke muka dia.  Itu yang kita lihat apa-apahal buruk masa dia PM pun, semua bukan dia yang salah, tapi orang lain.

ISA, itu arwah Megat Junid yang sign, Ops Lalang, itu polis, Skandal Forex, itu Nor Mohammad Yaakob, Memali, itu Musa Hitam dan pelbagai lagi.  Sehingggakan boleh dibuat buku bertajuk “Taik aku, busuknya orang lain – perjalanan hidup The Kutty”.

Tapi sampai masanya Mahathir kena keluarkan ‘telur’ yang di dalam tu.  Beranilah sikit mengambil tanggungjawab apa yang kau sendiri cakap/buat.  Umur 92 dah, nak tunggu bila lagi?  Berhentilah menggunakan budak-budak untuk menjalankan kerja kotor tu.






Satu Komen to #HinaBugis: Mahathir Perlu Henti Guna Budak-Budak

  1. TORATORA says:

    Saddiq..Saddiq..sadis sungguh kamu..kalau dah tak ada kerja sampai nak tulis surat kpd sultan sekali pun, itu kamu punya pasal. Tapi lakukan dengan hormat. Tak payahlah open2 sampai penyokong2 bodoh kau pun baca sekali. Memang ada niat nak mintak sokongan tepi ke?

    Kepada ibu bapa Saddiq..harap dapat nasihat anak anda. Mungkin anak anda masih mahu mendengar kata2 daripada ibubapanya.(kalau parents Saddiq pun sokong apa anak mereka buat, abaikan sajalah kata2 saya ni)

Leave a Reply

Threesome