Menu Utama

Gagal Buat Mesyuarat Cawangan: Bukti Konon PPBM Dapat Sokongan, Hanyalah Penipuan

ANGKA adalah penting kepada parti Mahathir, PPBM.  Dari belum ditubuhkan, sudah ditubuhkan, sehingga nak dibubarkan sekarang kerana gagal mengadakan AGM, angka memainkan  peranan yang cukup penting kepada kesinambungan dan “kemelungkupan” parti tersebut.

Berapa ramai tandatangan Deklarasi Rakyat, berapa ramai datang dengar ceramah, berapa ramai ahli baru masuk (terutama dari UMNO) dan lain-lain, semuanya tentang angka.  Seorang bekas pemimpin keluar dari UMNO dan masuk PPBM akan dirai seperti rakyat Korea Selatan yang berpaling tadah ke Korea Utara, meriah, seronok, macam sambut hari raya tanpa puasa.

Semua angka-angka ini, walaupun kecil, akan diperbesar-besarkan, Tak ada?  Akan diada-adakan, semua ini sebab nak menunjukkan mereka kuat dan mendapat sokongan rakyat.

Persoalannya sekarang, apa dah jadi dengan semua angka-angka yang ‘banyak’ tersebut, dah hilang pergi mana, sampaikan nak mengadakan mesyuarat cawangan PPBM pun tak boleh?  Puluhan ribu yang datang mendengar ceramah Mahathir, Muhyiddin di merata tempat, hilang mana mereka ini semua?  Jutaan yang tandatangan deklarasi rakyat,takkan nak mencari 50 orang dari jumlah itu untuk menubuhkan satu cawangan pun tak boleh kalau semua itu menggambarkan sokongan terhadap Mahathir

Apa yang cuba nak disebutkan ni ialah, jangan makan sangat dengan propaganda Mahathir, wayang banyak sangat.

Kegagalan sehingga nak diharamkan ni adalah bukti bahawa PPBM tidak ramai penyokong, itu bahasa lembut, kalau ikut penulis, tidak ada melainkan satu dua.  Yang kononnya juta-juta, puluh-puluh ribu tu hanyalah tipu semata-mata.  Hakikat sebenarnya, Mahathir tidak ada penyokong, PPBM tidak ada akar umbi yang mantap, sampai nak buat mesyuarat cawangan pun tak dapat.

Lama cakap dulu dah, taknak percaya.






Leave a Reply

Threesome