Menu Utama

Expo Negaraku 2017 Pupuk Kebersamaan Kaum

Expo Negaraku 2017 yang dilancarkan malam ini diharap bukan sahaja dapat menambah ilmu pembangunan infra secara interaktif kepada pengunjung tetapi juga mengeratkan hubungan antara rakyat berbilang kaum dalam mengecapi pembangunan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata apabila semua lapisan masyarakat disatukan dalam sebuah ekspo besar seperti Expo Negaraku 2017, perbezaan pendapat antara satu sama lain juga dapat diketepikan.

“Ekspo ini bukan hanya mengutamakan aspek kemajuan semata-mata tetapi mampu menyuntik perasaan kebersamaan antara pelbagai lapisan masyarakat dalam menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan yang telah kita capai selama ini.

“Kita mahu masyarakat yang mementingkan hidup bersatu padu dan inginkan Malaysia lebih berjaya daripada apa yang dikecapi hari ini,” katanya berucap pada majlis perasmian Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, di sini.

Ekspo yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan ekspo infrastruktur terbesar yang mempamerkan pembangunan terkini dan perancangan akan datang kerajaan dalam memberi kehidupan sempurna dan sejahtera untuk rakyat.

Ekspo yang dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula hari ini sehingga 15 Dis itu juga didatangkan dalam lima kubah utama yang memperincikan pembangunan infrastruktur terkini dan akan datang di Malaysia. – BERNAMA






Leave a Reply

Threesome