Menu Utama

Duit Dapat, Banjir Surut, Berlagak Guan Eng Pun Datang Balik

BILA pemimpin Pakatan mengesyorkan supaya bencana banjir di Pulau Pinang bermula 4 November lepas, tidak dipolitikkan, penulis dah tahu dah sebenarnya tujuan cakap tu supaya jangan sesiapa mengaitkan bencana tersebut dengan kelemahan DAP.

Obvious sangatlah tu kan.  Penarahan bukit dan pembangunan tidak terkawal dikenalpasti banyak pihak berkepentingan dalam negeri itu sendiri, sebagai punca banjir – yang asalnya satu kejadian alami itu, menjadi antara bencana terburuk dalam sejarah negeri tersebut.

Perkara ini dibuktikan kelmarin bila Guan Eng menyalahkan negeri jiran Kedah sebagai punca banjir lambat surut di beberapa tempat dalam negeri itu.  Kalau banjir tu kait dengan kegagalan pentadbiran dia, dikatakan kita cuba mempolitikkan pulak, yang dia salahkan negeri sebelah bila banjir lambat surut, tak politikkan ke namanya tu?

Naik dah tocang balik. Hilang dah adegan poyo berlagak susah, untuk mintak duit kerajaan persekutuan bagi menghadapi bencana yang sepatutnya menjadi tanggungjawab negeri..

Mentang-mentang banyak simpati rakyat dan peruntukkan dari kerajaan persekutuan dihalakan ke Pulau Pinang sekarang ni, ambik kesempatan nampaknya ya.  Ke menyalahkan negeri jiran ni satu damage control sebab tak boleh jawab bagaimana banjir ini menjadi begitu buruk sekali keadaannya – sampai ada yang lemas dalam rumah!!

Apa pun kita memuji Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak yang mengotakan janji untuk tidak mempolitikkan banjir di Pulau Pinang walaupun itu adalah peluang terbaik untuk menghentam kerajaan negeri pimpinan DAP.  Begitu juga dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Ahmad Bashah yang tidak melompat dengan kenyataan tersebut.  Kenapa Guan Eng tidak boleh jadi lebih baik dari itu yang memelikkan kita.



(Next News) »



Leave a Reply