Menu Utama

Dua MB Buat Kedah Julang Piala Malaysia, Dia?

Sebagaimana yang kita maklum, Kedah tewas di tangan JDT dalam pertemuan perlawanan akhir Piala Malaysia di depan lebih 80,000 penonton di Stadium Shah Alam semalam. Tahniah kepada JDT atas kemenangan tersebut.

Namun begitu, sebelum berlangsung perlawanan akhir semalam, hangat diperkatakan tentang isu tiket bola sepak yang diperuntukkan buat penyokong negeri Kedah sehingga mencetus persepsi negatif terhadap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pada pandangan penulis, sekiranya kita meneliti perkembangan bola sepak Kedah, maka kita akan dapati bahawa isu tiket seperti itu akan berlaku setiap kali pasukan tersebut berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Dari zaman Allahyarham Dato’ Ahmad Basri Akil, hinggalah ke zaman arwah Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hinggalah ke zaman Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, dan kini masih berlaku di zaman Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Presiden KFA dan Menteri Besar Kedah.

Jadi, secara tidak langsung, merujuk kepada ‘patern’ berkenaan, maka jelaslah bahawa ia bukan disebabkan kepimpinan KFA mahupun Kerajaan Negeri, namun lebih kepada ketidakpuasan hari penyokong fanatik bola sepak di negeri ini yang sememangnya ‘gila bola’.

Namun begitu, mungkin kerana sikap manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang ada, diberi puluhan ribu tiket pun tidak memadai bagi mereka. Dek kerana kelemahan minda mereka yang dimanipulasi Mukhriz yang kecewa hilang jawatan, mereka lepaskan geram kepada Ahmad Bashah? ‘Matang’ sungguh mereka…

Tidakkah mereka ingat apa yang berlaku sebelum Ahmad Bashah ambil alih KFA sebelum ini? Di zaman siapa palang besi di kaunter tiket Stadium Darul Aman punah dikerjakan penyokong sendiri? Kenapa individu ketika itu tidak di’boo’ penyokong Kedah?

Mudah bicara, jika sudah dibenci, Ahmad Bashah jadi ‘malaikat’ pun penyokong bola sepak Kedah yang lemah mindanya akan melihat beliau sebagai ‘buruk’? Rasionalkah otak-otak yang dicorakkan oleh Mukhriz itu? ‘Sihat’ sungguh cara Mukhriz terapkan pada penyokongnya…

Menjengkelkan, dia pula yang jadi ‘batu api’ menaikkan kemarahan penyokong Hijau Kuning terhadap Ahmad Bashah dan KFA? Apakah dia lupa apa yang berlaku ketika dia mengemudi KFA dulu? Penyokong Kedah tetap tidak cukup tiket, bukan?

Sedang dia ‘api-apikan’ kemarahan penyokong Kedah seolah-olah dia yang tidak dapat tiket, tiba-tiba pula nampak kelibatnya dalam Stadium Shah Alam? Jika dia seorang, mungkin dia dapat tiket itu dari ‘kroni’, tapi konco-konconya pun ada dalam stadium? Dari mana mereka dapat tiket?

Penulis tidak menyalahkan penyokong Kedah sama sekali dalam hal ini. Walaupun mereka dilihat kurang matang dan mudah terpengaruh dengan budaya ‘politik busuk’ anak bekas ‘diktator’ itu, penulis lebih melihat Mukhriz sebagai ‘low class politician’ untuk mempolitikkan hal ini.

Begitukah sikap seorang pemimpin yang diagung-agungkan pembangkang? Begitu caranya dia mahu tunjuk ‘hero’? Tidakkah dia sedar bahawa arwah Ustaz Azizan dan Ahmad Bashah berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kedah? Dia bawa pulang apa? Anak isteri pun ‘malas’ bermastautin di Kedah? Memalukan…






Leave a Reply

Threesome