Menu Utama

DOKTOR LARI DARI CUKAI

Isu percukaian ke atas pembayar cukai yang culas sekali lagi menggamatkan Dewan Parlimen. Perkara seperti ini sebenarnya tidak asing kepada mereka yang sedang diaudit percukaiannya.

YAB Rafizi Ramli yang merupakan ahli Parlimen Pandan mengutarakan berkenaan pembayar cukai berkerjaya sebagai doktor yang telah diaudit dan menyebabkan terpaksa membayar notis pembayaran cukai yang tertunggak.


Sebagai seorang Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mempunyai bidang kuasa ke atas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) lantas bangun menjawab berdasarkan amalan percukaian yang perlu dalam mematuhi garis panduan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

“LHDNM tak akan pergi (audit percukaian) sehingga 10 tahun kebelakang. Tetapi jika berdasarkan siasatan (audit percukaian) dan berlaku penipuan, tiada had masa tempoh (tahun taksiran) kebelakang (yang diaudit).” ujar Datuk Seri Johar.

Senario kesalahan seperti ini boleh diandaikan seperti contoh sebegini. Jika pembayar cukai, seorang doktor dalam kes ini memperolehi pendapatan daripada pekerjaan separuh masanya sebagai perunding kesihatan di hospital. Apabila audit percukaian dilakukan didapati pendapatan ini tidak diisytiharkan sebagai pendapatan kena cukai.

Manakala pihak audit percukaian juga mendapati khidmat perunding kesihatan ini telah dilakukan oleh doktor terbabit sehingga 10 tahun yang lampau.

Maka pihak LHDNM berhak untuk mendapatkan segala maklumat dari tahun yang dirasakan perlu bagi menuntut kembali cukai yang perlu dibayar berdasarkan bukti-bukti dan sokongan audit percukaian yang dijalankan.

Umum perlu mengetahui, secara permulaannya audit pencukaian akan dilakukan berdasarkan rekod tujuh tahun dari akhir tahun kalendar. Tetapi, sekiranya terdapat rayuan terhadap taksiran, rekod dan buku-buku akaun yang relevan perlu disimpan sehingga rayuan itu selesai.

Usaha yang berterusan dalam meningkat pentadbiran cukai dan pematuhan cukai oleh LHDNM terutamanya melalui audit yang lebih ketat dan penyiasatan terperinci membantu menyumbangkan kutipan hasil negara yang lebih tinggi sepatutnya perlu dipuji.






Leave a Reply

Threesome