Menu Utama

DESAKAN KEPADA PENDAFTAR PERTUBUHAN UNTUK AMBIL TINDAKAN BERKENAAN ADUAN RASMI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
3 November 2017

1.Pada 19 oktober 2017,saya bersama dua lagi rakan bekas exco Armada Parti Pribumi Bersatu
Malaysia telah membuat aduan rasmi kepada pihak Pendaftar Pertubuhan berkenaan penipuan
dan penggunaan nama Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) yang tidak sah mengikut
perlembagaan rasmi parti.Mengikut aduan itu,saya telah meminta pihak Pendaftar Pertubuhan
untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara ini yang boleh dianggap serius
kerana melibatkan sebuah parti politik dan telah memperdaya ramai rakyat Malaysia di luar
sana khususnya ahli-ahli akar umbi parti yang bertungkus lumus bekerja untuk parti selama
ini.

2.Di samping isu tersebut,kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga dengan sengaja
telah menangguhkan Mesyuarat Agung parti yang menurut perlembagaan parti sendiri ianya
mestilah dilakukan dalam masa setahun selepas parti ditubuhkan.Hal ini dilihat seperti
disengajakan dengan tujuan untuk memastikan jawatan-jawatan penaja ini kekal sehingga
pilihanraya dan seterusnya memastikan Tun Dr Mahathir dapat mengekalkan kroni-kroni
beliau di dalam jawatan-jawatan tertinggi parti.Penangguhan ini seolah-olah membuli ahli-ahli
akar umbi supaya tidak dapat memilih sendiri calon-calon yang mereka rasa layak untuk
mengisi jawatan-jawatan di dalam parti.

3.Justeru itu,saya selaku ahli parti yang sah mendesak pihak Pendaftar Pertubuhan untuk
mengambil tindakan secepat mungkin bagi membela nasib ahli-ahli parti yang ditindas oleh
kepimpinan autokratik sebegini.Pendaftar pertubuhan sepatutnya bertindak dengan lebih cepat
kerana sudah terlalu banyak aduan rasmi yang dibuat berkenaan masalah ini namun sehingga
sekarang masih belum ada apa-apa tindakan daripada pihak terbabit.Malahan telah timbul
khabar angin yang mengatakan ada beberapa pihak telah pun berunding di belakang tabir untuk
menutup kes ini.Jika ini benar,maka saya melihat bahawa pihak Pendaftar Pertubuhan tidak
serius dan takut untuk mengambil tindakan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan
pemimpin-pemimpin parti yang terlibat dalam penipuan dan penindasan terhadap ahli-ahli parti
sendiri.

Sekian
Terima Kasih.

Mohamad Taufik Abas – 019 3934707
Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia






Leave a Reply