Menu Utama

DENDA , MUFLIS ATAU PENJARA KEPADA INDIVIDU CULAS CUKAI

Pembayar cukai yang layak dikenakan cukai pendapatan sama ada pendapatan melalui penggajian atau pendapatan melalui perniagaan perlu mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).Individu pembayar cukai yang culas dalam menjelas cukai atau mengelak daripada mengisytiharkan pendapat bercukai, berkemungkinan besar akan berhadapan dengan kesalahan dibawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Pelbagai situasi individu atau syarikat apabila berhadapan dengan Mahkamah membenarkan petisyen Kerajaan Malaysia melalui LHDNM bagi mendapatkan perintah penggulungan syarikat atau perintah Kebankrapan terhadap pembayar cukai yang gagal membayar cukai yang ditetapkan.

Melihat kepada status terkini pada bulan September dan Oktober 2017 sahaja sebagai contoh, LHDNM telah mengumumkan;

a) 11 pembayar cukai yang terdiri daripada empat individu dan tujuh syarikat diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang keseluruhannya berjumlah RM5,509,977.92;

b) 2 orang pengarah syarikat didenda RM17,000 atas kegagalan mengemukakan penyata cukai dalam Borang C di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

c) 8 pembayar cukai yang terdiri daripada lima syarikat dan tiga orang individu diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang keseluruhannya berjumlah RM2,062,168.50;

d) 7 pembayar cukai yang terdiri daripada satu syarikat dan enam individu diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang keseluruhannya berjumlah RM592,696.85.

Berikut adalah sebahagian senarai jumlah denda dan penalti yang boleh dikenakan ke atas individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah ACP 1967;

Jenis Kesalahan Peruntukan Di Bawah ACP 1967 Jumlah Denda (RM)
Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan 112(1) 200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai 112(1) 200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan 113(1)(a) 1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain 113(1)(b) 1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai 114(1) 1,000 hingga 20,000 / penjara / kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor
Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai 114(1A) 2,000 hingga 20,000 / penjara / kedua-duanya
Meninggalkan negara tanpa membayar cukai 115(1) 200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Menganggu / menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas 116 1,000 hingga 10,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak menyimpan rekod 119A 300 hingga 10,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM 120(1) 200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan 120(1) 200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya

Melalui pelbagai kemudahan dan khidmat yang telah disediakan oleh LHDNM, individu yang bertanggungjawab boleh membuat semakan dan pertanyaan di seluruh cawangan LHDNM berdekatan atau menghubungi talian Hasil Care di 1-800-88-5436 (LHDN) pada waktu perkhidmatan antara Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang.






Leave a Reply

Threesome