Menu Utama

Bila Sukan Dicemari, Dimanipulasi Politik Kebencian

Beberapa rakan di utara semenanjung yang bertemu penulis baru-baru ini bercerita tentang isu yang sedang hangat diperkatakan di Kedah. Apa lagi jika bukan isu bola sepak! Orang Kedah memang suka sungguh dengan sukan itu sejak dulu-dulu lagi.

Diceritakan tentang isu ‘boo’ penyokong bola sepak Kedah terhadap Menteri Besarnya, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Diberitahu tentang gesaan Pemuda UMNO Negeri yang simpati pada beliau dan meminta supaya meletak jawatan sebagai Presiden KFA.

Sudahlah Kedah tewas kepada JDT dan gagal mempertahankan Piala Malaysia, Menteri Besarnya di’boo’ penyokong sendiri dan Ahmad Bashah bersama kepimpinan KFA yang terlibat politik disaran supaya meletak jawatan. Nampak kacau bilaunya?

Pada pandangan penulis, kekalahan Kedah kepada JDT bukanlah satu isu. Ia merupakan adat pertandingan dan itu perkara biasa. Isu sebenarnya dalam ‘kacau bilau’ ini sebenarnya adalah berpunca dari sikap dan kekuatan akal.

Isu ‘boo’ terhadap Ahmad Bashah setahu penulis, bukanlah suatu yang baru. Malah ketika beliau baru dilantik sebagai Menteri Besar dan Presiden KFA, penyokong skuad Kedah telah mula berlaku biadap terhadapnya ketika melangkah ke Stadium Darulaman. Sejak itu, bermulalah beliau dihina dan dimalukan setiap kali ke stadium…

Benarlah Ahmad Bashah membawa pulang banyak piala ke Kedah, termasuk Piala FA dan Piala Malaysia. Namun beliau tidak dipuji penyokong Hijau Kuning, malah mereka hina dan ‘boo’ Menteri Besar itu walaupun beliau memberi hadiah tiket percuma untuk perlawanan pertama di Stadium Darulaman kemudiannya.

Kenapa agaknya Ahmad Bashah dilayan sedemikian? Jika ditanya pada penyokong Hijau Kuning yang menghinanya itu, mereka ‘boo’ dan hina beliau kerana mereka berpandangan kononnya Ahmad Bashah telah ‘curi jawatan’ Dato’ Seri Mukhriz Mahathir secara ‘kotor’.

Itu pandangan mereka dan kerana itulah mereka bencikan Ahmad Bashah hingga kini. Sejak itu, apa saja yang dilakukan oleh Ahmad Bashah, biar pun ianya sangat baik dan memberi manfaat kepada rakyat Kedah, mereka tetap ‘boo’ Menteri Besar itu.

Melihat pada senario yang disampaikan rakan-rakan itu, penulis dapati bahawa punca sebenar kebencian tersebut adalah kerana Mukhriz telah tanam, ajar dan mendorong penyokong bola sepak Kedah itu untuk membenci Ahmad Bashah.

Penulis masih ingat lagi, ketika berlaku krisis kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah, Mukhriz telah menggunakan Stadium Darulaman itu untuk mencucuk ‘jarum beracun’ politiknya. Dalam satu perlawanan persahabatan, dia telah berucap di dalam stadium, bukan?

Maka sejak itulah, ‘racun’ itu tertanam di dalam otak penyokong bola sepak Kedah. Mukhriz tidak cerita tentang kegagalannya memimpin Kerajaan Negeri. Dia tidak cerita pun tentang kegagalan kepimpinannya dalam UMNO Kedah. Dia tidak cerita pun tentang salah silapnya.

Dia tidak cerita tentang biadapnya dia terhadap pemimpin yang melantiknya sebagai Menteri Besar. Dia tidak cerita pun tentang betapa buruk disiplinnya dalam parti. Dia tidak cerita betapa angkuhnya dia hanya kerana dia berbinkan ‘Mahathir’?

Dia tidak cerita mengapa seluruh keluarganya tidak berpindah ke Kedah. Dia tidak cerita tentang dia berulang-alik setiap minggu ke ibu negara dan bagaimana dia menjadikan Kedah seolah-olah Kedah ‘lokasi percutian’.

Dia tidak cerita apa yang dia buat untuk rakyat Kedah selama hampir 3 tahun sebagai Menteri Besar. Walaupun dalam kepayahan, arwah Tan Sri Azizan Razak bina kampus KUIN dan Aman Central, dia bina apa? Apa yang ada di Ayer Hitam? Tiada apa yang dapat dia ceritakan tentang jasanya di Kedah kerana dia memang tidak buat apa-apa pun?

Perkara mudah seperti litar lumba pun dia tidak mampu buat? Orang mahukan litar lumba yang mampu digunakan anak muda Kedah, dia sibuk ‘deal’ dengan abangnya untuk bina litar mega seperti SIC di Sepang? Dia ada fikir dari mana dia mahu cari duit untuk biaya kos penyelanggaraan litar seperti itu?

Ada dia cerita bagaimana teruknya dia gagal memimpin UMNO Kedah? Jika dulu Ahmad Bashah berjaya satukan seluruh orang UMNO di Kedah hingga berjaya menawan kembali negeri itu dari PAS pada PRU ke-13, tapi dia pula menjadi punca semua UMNO Bahagian hilang hormat padanya. Kenapa dia tidak cerita di stadium itu?

Kenapa semua UMNO Bahagian di Kedah hilang kepercayaan padanya? Dia mendakwa kononnya kerana tidak beri projek? Dia fikir Ketua-Ketua Bahagian itu gila projek seperti di zaman bapanya dulu? Orang UMNO di zaman bapanya saja yang bersikap begitu…

Kenapa dia tidak cerita semua kepimpinan UMNO Kedah hilang kepercayaan kepadanya kerana corak pentadbirannya yang ‘oneman show’? Sedangkan, sepatutnya yang berlaku adalah parti kerajaan yang memerintah, bukan individu. Individu yang memerintah itu namanya ‘diktator’, bukan demokrasi! Anak bapak?

Dia tidak cerita pula kenapa dia terpaksa letak jawatan? Dia tidak cerita tentang siasatan Jemaah Pemangku Sultan dan apa keputusannya? Dia tidak cerita orang hilang kepercayaan kepadanya kerana kegagalannya sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab?

Apa yang dia tahu ialah ‘selfie’? Pantang jumpa orang kampung, dia ‘selfie’. Ditangga rumah, di kedai kopi, di mana saja dia pergi, ‘selfie’ saja yang dia utamakan? Jika mahu popular, jadilah artis atau selebriti. Pemimpin ada banyak kerja yang perlu dibereskan untuk rakyat!

Kerana dia cara dia memburuk-burukan Ahmad Bashah ketika itulah maka secara tidak langsung dia telah menghasut supaya penyokong Kedah bencikan Menteri Besar itu. Dia tanam dan ajar sikap buruk yang terkeji dalam otak anak muda di Kedah, bukan?

Kenapa dia perlu cemarkan semangat kesukanan dengan sentimen politik kebencian? Sukan sepatutnya menyatukan, bukan memecah belahkan. Apa dia fikir hanya penyokong ‘bunga’ saja yang sokong skuad bola sepak Kedah? Berpuluh ribu lagi orang UMNO yang sokong Lang Merah, dia sedar atau tidak?

Penulis tidak menyalahkan kelemahan penyokong Hijau Kuning untuk membenci Ahmad Bashah. Ia berlaku kerana minda mereka begitu lemah sehingga mudah dipengaruhi anasir jijik yang disemai Mukhriz dalam otak mereka. Itu saja. Kerana itulah mereka bertindak sedemikian.

Maka kerana itulah penulis berpandangan bahawa Mukhrizlah individu yang bertanggungjawab merosakkan corak pemikiran penyokong hijau kuning dengan sikap buruk, biadap dan tidak sopan, sekali gus mencemar semangat kesukanan di negara ini.

Justeru itu, penulis berharap agar semua pihak merenung kembali sewajarnya, fikirlah sedalam dan serasional mungkin. Ini bukan soal politik, namun lebih kepada ketahanan minda dan nilai murni yang sepatutnya ada dalam dunia sukan, tapi dicemari Timbalan Presiden parti ‘cap bunga’ itu dengan budaya kotor yang menjijikkan.

Penulis simpulkan, buang yang keruh, ambillah yang jernih. Perbetulkan sikap dan muhasabahlah diri. Sedarlah bahawa Ahmad Bashah itu ‘mangsa’, dan ‘pemangsa’nya adalah Mukhriz yang memanipulasi kelemahan diri. Berubahlah ke arah kebaikan demi sukan dan negara….






Leave a Reply

Threesome