Menu Utama

Bila SPRM mahu ambil tindakan keatas pihak yang terlibat dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang?

1. Pada 21 Julai 2017 yang lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah membuat laporan dan menyerahkan bukti berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam laporan tersebut, PCM menggesa SPRM menyiasat sama ada wujud unsur penipuan atau penyelewengan dalam pembidaan projek terowong dasar laut itu.

Sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/21/pcm-buat-laporan-polis/

2. Sebelum itu, pada 17 Julai 2017 PCM telah membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta polis menyiasat dakwaan kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan, ketika membida projek terowong dasar laut tersebut. Namun apa yang mengecewakan adalah sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak SPRM mahupun PDRM terhadap laporan yang telah dibuat.

3. Lebih mengejutkan, semalam antara syarikat konglomerat terbesar negara iaitu Mudajaya Group Berhad mengumumkan bahawa mereka menarik diri dari kontrak RM 810 juta yang diberikan kepada mereka oleh syarikat yang mendapat kontrak terowong dasar laut dari kerajaan DAP Pulau Pinang. Alasan yang diberikan oleh Mudajaya Group Berhad untuk menarik diri adalah kerana:

a :  Ketidaktentuan dalam pengambil alihan kawasan projek (uncertainties in site possession)

b: Ketidaktentuan dalam proses menandatangani kontrak pembinaan (uncertainties in signing of the construction contract).

Lebih buruk lagi, menurut Mudajaya Group Berhad maklumat terhadap projek juga sangat minima (information provided for the project has not been sufficient). Atas tiga sebab berikut, syarikat gergasi Mudajaya Group Berhad menarik diri dari projek ini.

Sumber : http://www.theedgemarkets.com/article/mudajaya-withdraws-rm810m-penang-job-over-uncertainties-project

4. Alasan yang diberikan oleh Mudajaya Group Berhad seperti di atas dengan jelas menunjukkan keseluruhan projek terowong dasar laut yang dibawa oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ini merupakan satu projek yang tidak “feasible’ sehingga syarikat – syarikat yang mendapat sebahagian kontrak dari projek ini juga sudah mula menarik diri. Ini membuktikan dengan jelas bahawa Mudajaya Group Berhad juga tidak yakin dengan kebolehan kerajaan negeri Pulau Pinang memastikan projek terowong dasar laut dan jalan – jalan yang sepatutnya dibina sebagai sokongan kepada projek terowong ini menjadi kenyataan.

5. Atas sebab diatas, saya sekali lagi mendesak pihak SPRM supaya menjadi lebih agresif dalam melakukan siasatan terhadap keseluruhan projek terowong dasar laut Pulau Pinang seperti yang telah saya laporkan pada bulan Julai 2017. Jika syarikat konglomerat seperti Mudajaya Group Berhad juga sudah mula menarik diri, ini membuktikan projek ini mempunyai masalah yang kronik yang wajar disiasat.

 

Terima Kasih.

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia






Leave a Reply