Menu Utama

Bencana banjir dan ribut Pulau Pinang, Guan Eng mohon bantuan Pusat

Bencana ribut dan hujan lebat serta banjir yang melanda negeri ini sejak pagi semalam meninggalkan kesan kemusnahan yang besar di kebanyakan kawasan di negeri ini.

Tinjauan awal pagi ini mendapati, puluhan pokok tumbang berlaku di beberapa kawasan khususnya di sekitar Relau; Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong dengan ada yang menghempap kenderaan serta menghalang jalan.

Meskipun banjir semakin surut, namun beberapa kawasan masih lagi tenggelam akibat air sungai yang melimpah termasuk di Sungai Pinang dan Seberang Jaya.

Sementara itu, jurucakap Pasukan Penyelamat dan Bomba negeri berkata, lebih 10 pusat pemindahan dibuka di seluruh negeri ini sejak tengah malam tadi antaranya di Balik Pulau dan Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah memohon bantuan Kerajaan Pusat khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghulurkan bantuan kecemasan dengan segera kepada penduduk negeri ini.

Tambahnya, beliau berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kira-kira pukul 3.30 pagi tadi selepas keadaan banjir semakin buruk.

“Ada kawasan yang airnya naik sehingga melebihi paras bumbung, pusat pemindahan tidak ada elektrik.

“Saya harap penduduk bersabar dan kita akan pastikan bantuan akan sampai dengan segera dan saya juga minta penduduk menjaga keselamatan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan banjir awal pagi tadi. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

Threesome