Menu Utama

Bantuan Pakatan Di Selangor Kebanyakannya Ada Nama, Bendanya Tak Ada

SEJAK mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008, Pakatan yang diketuai Khalid Ibrahim pada ketika itu memperkenalkan pelbagai skim bantuan rakyat di Selangor.  Paling menonjol sudah tentulah air percuma 20 liter padu pertama yang nampak macam untuk semua orang tapi hanya yang ada meter air individu saja.

Yang ada meter air berkelompok macam di flat-flat dan apartment, tidak mendapatnya.

Lain dari itu adalah macam YAWAS, skim mesra usia emas, bantuan masuk pusat pengajian tinggi dan beberapa lagi.  Naik pulak Azmin diperkenalkan perkhidmatan bas percuma, skim peduli kesihatan dan sebagainya.

Malangnya, semua skim-skim ini kebanyakkannya hanya ada pada nama, rakyat tidak begitu terkesan dengannya – tak jadi talking point pun senang kata.  Ambik contoh YAWAS yang sebenarnya meniru hampir sama macam skim SSPTN cuma berbeza dengan kerajaan negeri kononnya akan masukkan RM 100 sebagai dana permulaan pendidikan.

YAWAS ini menarik kerana dalam Pakatan menawarkan pendidikan percuma, dia buat pulak skim yang tujuannya ialah bagi mereka yang berdaftar untuk mengurangkan kos pelajaran di IPT.  Persoalannya, percuma atau kena bayar pendidikan di bawah Pakatan?

Tapi yang penting, apa perkembangan semua skim itu sekarang, dah berapa dibelanjakan dan berapa ramai rakyat Selangor yang menikmatinya?  Setakat yang penulis tahu, melainkan satu dua, tidak ada penerangan dari Pakatan Selangor mengenai kejayaan skim-skim ini dalam membantu rakyat.

Nama ada, google senang cari tapi bendanya entah.  Tanya orang Selangor sendiri pun, tak tahu macam mana nak apply semua skim yang kononnya ada ini.  Malah perkara ini pernah dibawa rakyat Selangor ke Mahkamah kerana ditulis dalam manifesto Pakatan tapi tidak dilaksanakan, itu yang timbul cerita Manifesto bukan janji tu.

Jadi, usah percaya dengan puak-puak ini.






Leave a Reply