Menu Utama

#BanjirPenang: Tentera (Sebut Kerajaan Persekutuan), Dah Bantu Lama Sebelum Guan Eng Minta Tolong

BANYAK diperkatakan agar kita tidak mempolitikkan kejadian banjir yang berlaku di Pulau Pinang sekarang.  Tapi ia adalah penyokong DAP dan Pakatan yang sebenarnya mempolitikkan kejadian tersebut, termasuk mendakwa kenapa kerajaan persekutuan menunggu sehingga Guan Eng telefon Timbalan Perdana Menteri, sebelum bertindak?  Tiga negeri di landa banjir, anehnya hanya Ketua Menteri Pulau Pinang telefon merayu minta bantuan dari kerajaan persekutuan.

Tapi itu cerita lainlah.

Hakikatnya, kerajaan persekutuan, melalui ATM telah bertindak lebih awal membantu mangsa banjir di negeri tersebut seperti disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein.  Pergerakan tentera membantu mangsa-mangsa banjir telah bermula seawal 1.30 pagi, sedangkan Ketua Menteri negeri itu hanya telefon minta bantuan dari Timbalan Perdana Menteri, pukul 3 pagi.

Tak prihatin sungguh.  Macam-macam boleh berlaku dalam 2 jam ditengah-tengah hujan luar biasa lebat yang bermula sejak 8.30 malam itu.

Padanlah banyak tempat mengalami kesukaran sebab kerajaan negeri menunggu kerajaan persekutuan dan agensinya bergerak terlebih dahulu.  Kerajaan persekutuan ada mekanismenya tersendiri, apatah lagi bukan satu negeri saja yang dilanda banjir sekalipun Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP adalah yang terburuk sekali.  Negeri-negeri lain yang mengalami masalah juga perlu diberi perhatian sekalipun Menteri Besar mereka tidak call sesiapa.

DAP selaku kerajaan negeri yang bertanggungjawab, patut mula dulu membantu rakyat di negeri yang mereka menang dengan majoriti besar, sebelum mengharap bantuan kerajaan pusat.

Letih rakyat dinegeri yang mengundi kalau semuanya menunggu kerajaan persekutuan bertindak.  Masa senang, kenyang jual tanah, masa susah, kerajaan persekutuan pulak yang diharapkan untuk membantu terlebih dahulu, tak patut sungguh.

Sementara mengenangkan untung nasib rakyat, kerajaan persekutuan perlu juga membantu, tapi janganlah ini bertukar menjadi kes melepas anjing tersepit.  Lepas ni jangan tanya lagi kemana hasil GST dibelanjakan, ini dah nampak depan-depan mata.  Cakap pandai puak-puak ni, apa hasil pun takdak.






Leave a Reply

Threesome