Menu Utama

#BanjirPenang: Masa Minta Tolong, Apa ‘Penyamun’ Pun Hilang!!

TEBATAN banjir adalah projek infrastruktur yang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri, semua orang tahu tu.  Kalau semua jadi tanggungjawab kerajaan persekutuan, jadah apa dipilih DAP untuk menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, baik undi BN saja.  Apatah lagi terbukti 50 tahun BN perintah Pulau Pinang, belum pernah berlaku kejadian banjir besar seperti sekarang.

Hanya setelah DAP perintah dimana tanah habis dijual untuk dimajukan, barulah semua musibah ini melanda.  Belum 10 tahun pun.

Masa inilah penyokong DAP pakat-pakat tutup mulut dan bekukan jari dari mengaitkan Perdana Menteri dengan “penyamun”.  Penyamun apa datang membantu walaupun fahaman politik berbeza?  Nampak sangat gelaran berbaur politik semata-mata bukan benar-benar pun YAB Perdana Menteri kita ni adalah seorang penyamun.  Penyamun sama dengan pencuri, nak tuduh mencuri, kena ada bukti dan Pakatan yang diterajui DAP memang tidak ada bukti nak menuduh YAB mencuri apa-apa pun dalam negara ini.

Ikut Islam, nak kena kemuka 4 saksi pulak lagi.  Tapi buang masa cakap pasal agama dengan orang yang bertuhankan manusia seperti penyokong Pakatan.

Entah ke mana berbillion duit jual tanah dibelanjakan. kita pun jadi musykil.  Patutnya dengan lebih 90% tanah kerajaan negeri yang sudah dijual, banyaklah wang untuk membangunkan negeri dan menyediakan projek infrastruktur untuk menghadapi banjir, ini tidak, kepada Najib jugak yang dimintak.

Apa pun, YAB Perdana Menteri nampak begitu bijak sekali dalam melayani ‘drama’ pemimpin-pemimpin DAP.  Beliau sedar pemimpin Pakatan yang dihadapinya semasa melawat Pulau Pinang semalam, adalah pihak sama yang menuduh kerajaan ini bankrap dan gagal mengurus ekonomi dengan baik.  Tidak ada apa yang elok dicakapkan DAP tentang pentadbiran YAB, tau-tau bila musibah melanda yang sebahagian besarnya akibat kelemahan pentadbiran kerajaan negeri sendiri, kepada Najib juga dicari untuk minta pertolongan.

Bantuan yang diumum pun bukan sekaligus tapi jelas disebutkan berdasarkan “kemampuan kewangan negara”.  Walhal kita semua tahu, dengan ekonomi negara yang begitu mantap hari ini, RM 1 billion bukanlah satu masalah yang besar tapi ini cara untuk mengajar.  Bijak, memang bijak.






Leave a Reply