Menu Utama

Banjir Pulau Pinang: Macam Mana DAP Perintah, Lain Rakyat Perlukan, Lain Dia Buat?

SELALU kita dengar negeri-negeri di Malaysia ini dilanda banjir sehingga ada yang mengorbankan nyawa, jarang/tak pernah yang kita dengar ada mangsa banjir mati lemas di dalam rumah!!  Tapi ini berlaku di Pulau Pinang yang ditadbir DAP, membayangkan betapa besar magnitud bencana alam yang diburukkan lagi dengan pembangunan tidak terkawal di negeri tersebut sekarang ini.

Ya, lebih 90% tanah kerajaan di negeri tersebut telah dijual untuk tujuan komersial.  Bukan saja tidak ada apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang, nak wujudkan zon hijau untuk menampan kejadian banjir pun sudah tidak mampu kerana tanah yang diperlukan tidak cukup, jual habis dah.

Pulau Pinang, sebahagian besar darinya ialah pulau yang dikelilingi air, tak sepatutnya banjir besar berlaku di negeri tersebut terutama di bahagian pulau kerana keliling tu ada laut.  Melainkan ada masalah di tengah-tengah, itulah dia pembangunan tidak terkawal dan inilah yang memburukkan keadaan sehingga orang boleh mati lemas dalam rumah kerana paras air naik begitu mendadak.

DAP nampak kehabisan alasan kali ini.  Mereka peruntuk dan sanggup berhutang berbillion-billion RM untuk pelan induk pengangkutan awam Pulau Pinang (PTMP) tapi tidak mampu belanja RM 2 billion (mengikut anggaran mereka sendiri) untuk projek tebatan banjir negeri.  Jual tanah berbillion-billion boleh, RM 305 juta untuk project paper terowong dasar laut yang tak wujud boleh, nak belanja untuk projek tebatan banjir tidak boleh.

Balik-balik kerajaan persekutuan yang disalahkan kerana tidak bagi RM 2 billion itu.  Angka RM 2 billion ini mereka sendiri cipta, tidak ada justifikasi sama sekali kenapa perlu sehingga banyak itu duit, tak hairan kerajaan persekutuan hanya peruntuk RM 400 juta – itupun tidak ada apa yang berjalan, banjir semakin memburuk, bukan semakin mengurang.  Hairannya boleh pulak pinjam berbilion dari Exim Bank China untuk melaksanakan sebahagian dari PTMP tapi projek tebatan banjir yang jauh lebih rendah dari itu tidak boleh?

DAP harus sedar, Pulau Pinang tidak perlukan PTMP tapi projek tebatan banjir.  DAP gagal mengenal pasti keperluan sebenar rakyat negeri itu, hanya war-warkan pelan pembangunan seperti PTMP yang tidak masuk akal, tidak lagi wujud di samping memakan masa yang terlalu panjang untuk dilaksanakan dari mengatasi masalah sebenar, iaitu banjir.  Sepatutnya bila dah jual habs tanah untuk projek komersial, tahu akan akibatnya kepada alam sekitar.

Nasib baik rakyat Pahang tidak pilih DAP sebagai kerajaan negeri dalam PRU13 yang lepas, kalau tidak, habis ditarahnya juga.






Leave a Reply

Threesome