Menu Utama

#BAJET2018 SEBAGAI PERSEDIAAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020

Malaysia akan menjadi destinasi pelancongan tumpuan 3 tahun dari sekarang apabila pada tahun 2020 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia Year). Pengumuman ini telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib semasa pembentangan Bajet 2018.

Seiringan dengan Malaysia sebagai tuan rumah kepada APEC, WCIT dan CHOGM, pengumuman ini sebagai satu langkah membawa sektor pelancongan Malaysia ke aras yang lebih baik.

Ini telah dibuktikan melalui laporan daripada Organisasi Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) mengiktiraf Malaysia sebagai negara ke-12 paling ramai dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyokong pengumuman ini dengan menegaskan inisiatif ini akan menjadikan penanda aras bagi pihaknya memperkasa industri pelancongan negara menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Tourism Malaysia dan pemain industri di negara ini.

Sebanyak RM 2 bilion telah diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan Kecil dan Sederhana (PKS) sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi pada kadar faedah 2 peratus. Selain itu, kerajaan turut menambah RM 1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.

Bajet 2018 juga menyediakan RM 500 juta bagi program pembangunan dan promosi pelancongan melalui kemudahan infrastruktur pelancongan, homestay dan program eko-pelancongan. Ini turut dipermudahkan dengan memperluas hab serantau eVisa bagi memudahkan permohonan visa di seluruh dunia, terutama kepada ekspatriat, pelajar asing dan program Malaysia My Second Home.

Galakan cukai bagi pelaburan hotel baharu bertaraf 4 dan 5 bintang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 dan galakan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat pengendali pelancongan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2020.

Melalui sokongan insentif peruntukan dan galakan cukai ini, kerajaan melihat Malaysia sekarang berada pada kedudukan selesa dalam industri pelancongan sehingga dijadikan pakar rujuk oleh pihak lain terutama dalam bidang pelancongan Islamik.






Leave a Reply

Threesome