Menu Utama

BAJET2018 Hampir sebulan berlalu tapi tiada ilmuan politik mengajak kita bersyukur.

oleh Kang Nasir

Sepatutnya. Para ilmuan harus menjelaskan manfaat untuk umat islam dimasa akan datang dengan usaha kerajaan memertabatkan syiar islam kearah menjana modal insan yang berakhlak beradab islam kepada anak bangsa yang dilihat sekarang jelas tak kira tua muda hatta Pak Lebai pun sudah tidak lagi menjadikan islam sebagai amalan. Setiap hari tak henti-henti fitnah caci maki.

Dengan mengajak umat islam bersyukur dan berterima kasih sekurang-kurangnya umat islam berusaha meninggalkan amalan keji memfitnah caci maki. Berusaha menjadikan islam sebagai amalan agar sabar redha dan bersyukur. Banyak manfaat untuk umat islam yang dibentangkan dalam #Bajet2018 ini untuk PAR EXCELLENCE DUNIAWI DAN PAR EXCELLENCE UKHRAWI antaranya.

• Dalam perenggan 226. Kerajaan berusaha Memartabatkan syiar Islam dan pengutukan jati insan, khususnya pengurusan sekolah tahfiz kearah menjana modal insan yang berakhlak beradab amalan islam. Perkara 228 pula Peruntukan elaun bulanan kepada imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir yang diterima selama ini, untuk lebih menghargai mereka termasuk ‘Tok Siak’,

• Selanjutnya dalam perenggan 211. Usaha kerajaan MENGIMBANGI PAR EXCELLENCE DUNIAWI DAN PAR EXCELLENCE UKHRAWI. Sesungguhnya, tiada siapa yang tahu dan dapat meramalkan apakah rupa bentuk, wajah dunia pada masa mendatang.

• Sebagaimana ulasan dalam Perenggan 231. PM menzahirkan. Belanjawan kali ini bukan saja untuk kebaikan didunia malah untuk akhirat.
“Kerajaan mahukan adalah, sebuah bangsa yang bukan sahaja hebat fizikalnya, bahkan kaya jiwa dan kaya pekertinya, yakni Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.”

• Dalam 212. Tapi pastinya, Allah Hu Ta’ala menyukai hamba-hambaNya yang terus berikhtiar dengan gigih, merancang masa depan demi kepentingan negara dan ummah seluruhnya.

• Manakala 213. PM memberi pesanan kepada kita semua dimana pesanan ini sudah tidak lagi dijadikan amalan ulama politik. Pesan beliau “Berbekalkan mafhum Surah Al-A’raf ayat 96, di mana Tuhan akan melimpahkan rezeki dan keberkatan-Nya dari langit serta bumi, selagi penduduk dan rakyatnya beriman lagi bertaqwa.”

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
( Al-A’raaf : ayat 96 )

• Perenggan 230. PM menasihatkan kita seluruh rakyat Malaysia mengambil iktibar menghayati amalan Islam yang amat jarang ilmuan selain ilmuan Tarekat Tasawuf sering ingatkan.
“Mengambil iktibar daripada sirah perjuangan para Anbiya’, golongan solihin dan seluruh kehebatan sejarah bangsa kita sendiri, malah, turut dipesan oleh Imam Ghazali dan Bapak Hamka bahawa,… apalah guna kita hanya kaya harta, tetapi miskin jiwa.”

Maksud nya. Rakyat Malaysia sekarang ternyata miskin akal miskin jiwa walau dengan nilai 7sen bersusah payah memfitnah mencaci mencela. Usahkan rakyat marhaen? Sedangkan #PakLebai yang ada kereta Ferarri pun hilang akal hilang pedoman inikan umat yang jahil?

• Perenggan 232. PM menjelaskan bajet2018 hasil sumbangan idea semua golongan rakyat.
“ Sepanjang berbulan-bulan yang lalu, segala kerja keras dan titik peluh Kerajaan secara kolektif, melibatkan semua Kementerian dan agensi, pihak swasta, NGO, para belia, kumpulan profesional, dan,… ter-amat utama pelbagai lapisan rakyat yang turut menyumbang idea dan cadangan melalui pelbagai platform dan saluran, dalam merangka Naskhah Bajet2018.”

Kesimpulannya. Walaupun PM bukan ulama tetapi pendekatannya dengan mengambil nasihat-nasihat ulama khususnya ulama Tarekat Tasawuf jelas menunjukan PM lebih islamik dari ulama politik yang gila timang-timang diri dengan undi orang yang jahil maka itulah admin sejak dulu menyeru jauhilah hasutan Pak Lebai politik dan #PakWahab. Kerana tidak ada manfaatnya islam untuk diri kita dengan menuruti #NAFSU SERAKAH mereka.

Manfaat islam itu bukanya bangga mendabik dada angkuh sombong lambung-lambung memfitnah menghina menghukum orang yang tidak menganut parti branded islam & tidak ikut gerombolan branded islam. Manfaat islam untuk kebaikan diri kita dunia hingga akhirat dengan menjadikan islam sebagai amalan kerana hukum-hukum yang Allah tetapkan itu semua adalah untuk kebaikan diri kita semua.
#AgamaPAS vs #TASAWUF.






Leave a Reply

Threesome