Menu Utama

Asal Suku Sakat Pakatan Kena, Teori Konspirasi Pun Mula

Gambar Hiasan

HEBOH semalam cerita anak orang Pakatan kena tangkap bersama beratus biji pil kuda.  Menariknya, keluar saja kisah itu, kisah yang menyusul kemudiannya membayangkan seolah negara ini masih diperintah Mahathir.  Kononnya keluarga tak dimaklumkan akan tangkapan, ‘sekumpulan orang’ datang tangkap (itupun orang lain yang beritahu) dan kisah-kisah yang macam itu.

Ini lumrah bila suku sakat Pakatan kena tahan polis atau pihak berkuasa lain.

Nanti bergentayanganlah cerita-cerita bohong di media sosial konon tangkapan ini untuk menjejaskan orang Pakatan yang terbabit, nak bunuh karier politik dan sebagainya.  Padahal baru nak tahan untuk disiasat tapi imiginasi tu dah pergi jauh – belum tahu ada kaitan ke tidaknya lagi.

Untuk apa semua cerita-cerita seperti ni?  Mahathir bukan lagi Perdana Menteri.

Zaman Mahathir jadi Perdana Menteri dulu betullah, ada orang kena tangkap tiba-tiba hanya kerana fahaman politik berbeza dengan Mahathir. Keluarga pulak tak dimaklumkan, tahu-tahu dah duduk dalam Kamunting saja 2 tahun, tapi zaman itu dah berlalu. Zaman YAB Datuk Sri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri ni, semua dah telus lagi mulus, tidak ada siapa yang ditangkap secara tiba-tiba seperti zaman Mahathir dulu.  Semua tangkapan melalui proses perundangan yang telus, dapat kebenaran Mahkamah dan sebagainya.

Mahathir dah mengaku yang dia guna ISA untuk menang pilihanraya dengan menangkap musuh-musuh politiknya atas alasan keselamatan negara.  Tidak berlaku lagi keadaan itu sekarang ini kerana selain ISA sudah dihapuskan, yang jadi Perdana Menteri pun ialah Najib – 10 kali lebih baik punya manusia dari Mahathir.

Tidak timbul alasan keluarga tidak tahu, melainkan keluarga memang taknak ambik tahu.  Lagipun mana logik media tahu dulu, keluarga pulak tak tahu?  Keluarga pun ada banyak kategori, keluarga mana satu?  Bapa, mak isteri, siapa yang tak tahu ni?

Justeru rakyat tidak harus terpengaruh dengan cerita-cerita yang macam ini.  Seolah-olah suku sakat Pakatan ini maksum sangat ke sehingga tak boleh diusik langsung mereka?  Kalau dah salah tu, salahlah, takkan sebab bapa atau mak dia pemimpin politik Pakatan, tak boleh nak disentuh pulak?

Yang penting, biar sajalah proses perundangan yang sewajarnya berjalan, apa nak menggelabah?






Leave a Reply

Threesome