Menu Utama

Apa Benda Punya Presiden Pakatan Ni?

PRESIDEN Pakatan Harapan menjadi bahan ketawa netizen di Parlimen semasa sesi soal jawab dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.  Dahlah tergagap-gagap bertanya, soalan yang ditanya pun diakui ramai sangat kebudak-budakan.  Perbahasan pasal Bajet 2018, melalut kepada kenapa rombongan Perdana Menteri duduk di Blair House (semasa melawat Rumah Putih) dan sebagainya, langsung takde kena mengena dengan kepentingan rakyat.

Ternyata orang yang diangkat sebagai Presiden Pakatan ini tidak lebih dari boneka kepada suaminya semata-mata, takdak kualiti memimpin langsung.

Inilah jugaknya orangnya yang dicanang antara bakal Perdana Menteri negara ini, apa dah habis manusia lagi dah ke dalam negara ni sehinggakan serupa ini yang nak diangkat jadi pemimpin nombor satu negara?  Nasib baik tu Najib – seorang yang berhemah dan tidak menindas yang lemah, kena jenis ahli parlimen macam Nazri atau Bung Radin, mau tercabut kain masa itu juga.

Rakyat mana yang sokong Pakatan tu, dengan macam ini punya kualiti pemimpin, elok fikir panjang sikitlah.  Yang nak diserah ni tampuk kepimpinan negara, bukan kepimpinan syarikat ladang ternakan kambing.  Takkanlah macam ini punya kualiti pemimpin yang diharapkan?  Come on la.

Apa puak-puak ni ingat negara ni bapak Anwar yang punya ke?  Takde dia, letak bini dia. Standby, anak pulak lagi, apa ni?  Law mana ikut boleh waris-waris jawatan politik ikut suka?  Kot dah mati tu lain la ceritalah.  Janji segala bulan dan bintang tapi yang nak diharap untuk melaksanakan semua janji-janji tersebut jenis macam ini pulak kualitinya.

Jawabnya nanti asyik kena buli sajalah.  Sekali Mahathir sergah, tukar polisi, sekali PAN sergah, tukar lagi, hujung-hujung bila DAP pulak sergah, itulah yang jadi keputusan muktamadnya.






Leave a Reply

Threesome