Menu Utama

‘Anak Negarawan’ Dimalukan Adun Wanita Dalam Sidang Dun?

Terkekeh-kekeh penulis ketawa mendengar cerita dari beberapa rakan tentang apa yang berlaku ketika seorang Adun yang juga bekas Menteri Besar membahaskan bajet tahunan dalam satu sidang Dun di sebuah negeri yang baru berakhir semalam.

Khabarnya, ketika tiba gilirannya untuk berucap membahaskan bajet tahunan itu, dia cuba memperlekehkan program Tiusyen Barakah yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. Dia cuba mempertikai konon kos program itu terlalu kecil dan cuba membayangkan ia tidak memberi impak yang baik kepada para pelajar yang mengikuti tiusyen tersebut.

Mungkin menyedari ‘busuk hati’ bekas Menteri Besar itu, lantas ketika itu juga bangunlah seorang Adun dari pihak kerajaan memohon pencelahan. Setelah diberi ruang mencelah, maka berlakulah suatu mungkin ‘anak negarawan’ itu tidak dapat lupakan seumur hidupnya.

Adun kerajaan itu berkata, bekas Menteri Besar itu tidak berhak memperlekeh atau mempertikai program tiusyen percuma anjuran Kerajaan Negeri itu. Tegas Adun itu, meskipun kos biayanya kecil, namun ia memberi impak yang sangat positif yang sangat besar kepada ramai pelajar di negeri tersebut.

Malah katanya, program tersebut juga membuktikan bahawa kerajaan tidak perlu memperuntukkan bajet yang besar dan ‘mega’ untuk membantu kecemerlangan pelajar. Bahkan, impak positif program tersebut telah membantu ramai pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam banyak peperiksaan penting.

Sebaliknya, Adun kerajaan itu mengherdik program E-Tutor yang bekas Menteri Besar itu bangga-banggakan sebelum ini. Tegasnya, biarpun ramai Adun kerajaan ketika itu membantah, tapi dia berdegil juga mahu melancarkan program tersebut.

Lebih menyedihkan, menurut Adun kerajaan tersebut, program yang kononnya ‘gah’ dan dilancarkan ‘graduan luar negara’ itu dianggar melibatkan peruntukan sebanyak RM18 juta itu langsung tidak dapat digunakan oleh pelajar di kawasannya.

Sangat mahal dan tinggi kosnya, tapi tidak dapat dinikmati pelajar secara menyeluruh? Manakala Menteri Besar sekarang pula hanya membelanjakan kira-kira RM0.5 juta, tapi dapat dimanfaatkan oleh ramai pelajar dan memberi impak positif? Nampak?

Lebih memalukan, Adun yang mengherdik bekas Menteri Besar itu adalah seorang wanita yang dikatakan tidak popular di negeri berkenaan. ‘Anak negarawan’ yang ‘lulusan luar negara’ dan ‘popular’, tapi diherdik pedas oleh seorang wanita biasa yang datang dari kampung?

Jika penulis berada di tempatnya, tidak tahulah di mana hendak disorokkan lagi muka. ‘Tebal setebal-tebal’nya, hanya mereka yang bermuka tembok saja yang mampu menahan dimalukan sedemikian rupa. Berderai ketawa penulis dibuatnya..!

Justeru itu, penulis menyarankan kepada ‘anak negarawan’ itu supaya lupakanlah hasrat untuk merampas kerajaan negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Berdepan Adun wanita pun tidak ‘lepas’, inikan pula Adun-Adun BN lain yang merupakan anak jati negeri itu. Tidak takut dimalukan seumur hidup?

Dia perlu faham bahawa untuk mentadbir kerajaan negeri, ia tidak memadai dengan populariti berswafoto semata-mata. Dia perlu sebatikan diri, jadi betul-betul ‘anak jati negeri’ itu, bukan dengan jadikan negeri itu tempat persinggahan dengan berulang-alik setiap minggu naik kapal terbang.

Pemimpin negeri perlu selalu berada di dalam negeri. Lainlah jadi Menteri yang perlu lebih masa di ibu negara dan empat kali sebulan di kawasan. Pemimpin negeri perlu dekat dengan rakyat, bukan hantar wakil yang selalu ‘lesap’ entah ke mana!

Mungkin kerana itulah dia ‘tersingkir’ dulu. Dia bagai tidak cukup berjiwa besar kepada rakyat di negeri itu. Bila orang kata dia gagal mentadbir negeri dan gagal mendapat mandat pemimpin parti, dituduhnya pula orang dengki padanya. Perasan!

Penulis melihat, mereka yang rasional akan ramai bersetuju dengan pandangan penulis. Mungkin dia popular macam artis, tapi hakikatnya dia tahu mentadbir dan memimpin rakyat dengan baik. Sedar atau tidak, itulah hakikat sebenarnya, kan?






Leave a Reply

Threesome