Menu Utama

AJK Bahagian Pun Tak Kenal, Bagaimana Nak Buat AGM?

Sejak sehari dua ini, hangat diperkatakan tentang perihal parti ‘cap bunga’ yang kini berdepan tindakan pengharaman dari Jabatan Perdaftar Pertubuhan (RoS). Khabarnya setelah ahli parti itu mengadu, tembelang busuk di dalam parti itu kian ketara baunya di seluruh negara.

Salah satu perkara yang terbongkar adalah tentang parti itu yang gagal melaksanakan mesyuarat AGM termasuk di peringkat cawangan. Benar atau tidak, namun itulah antara perkara yang menjadi bahan sindiran sinis dari ramai pengkritik.

Pada pandangan penulis, kegagalan mengadakan mesyuarat berstruktur parti itu merupakan satu isu yang tidak mengejutkan. Tiada apa yang perlu dihairankan jika perkara itu berlaku. Jika Ketua Bahagian pun tidak kenal AJK Bahagian, tidak aneh jika Cawangan gagal bermesyuarat.

Penulis ingin kongsikan satu cerita nun dari utara semenanjung negara, tempat lahirnya dua pemimpin utama parti ‘cap bunga’. Mengimbas kembali kenangan lama, nampaknya dia belum pernah belajar dari kegagalan silamnya.

Dia sebelum ini jarang pulang ke negeri lahirnya kerana bermastautin di ibu negara. Namun bagi membolehkan dia mendapatkan pengalaman memimpin dari bawah, dia terpaksa diberi laluan untuk menjadi Ketua UMNO Bahagian di negeri tersebut.

Bagaikan ‘rusa masuk kampung’, dia serba kekok. Bahasa utaranya bagai dibuat-buat, pelat ibu negara agak tebal mengatasi loghat negeri kelahirannya. Namun itu boleh diperbaiki sedikit demi sedikit dan akhirnya dia berjaya bergelar Ketua Bahagian atas pengaruh ‘bin’ yang dimilikinya.

Namun begitu, meskipun dia bergelar Ketua UMNO Bahagian, dia sangat gagal memahami budaya politik di bahagian itu. Mungkin kerana membesar di kota metropolitan dan luar negara, dia ‘lupa’ usul dirinya yang datangnya dari kampung.

Dia jarang berada di kawasan. Tugas barunya selepas dilantik menjadi Menteri Besar membuatkan dia menjadikannya sebagai alasan untuk jarang berada di Bahagian. Maklumlah, dia terpaksa membahagi masa. Sekejap di ibu negeri manakala masa lapangnya lebih banyak diluangkan bersama keluarga di ibu negara.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu dia berulang alik dari ibu negeri ke ibu negara. Setakat jet peribadi, itu biasa. Apatah lagi kapal terbang kormesil biasa, hingga dapat anugerah ‘frequent flyer’ khabarnya. Kapal terbang bagai kenderaan rasminya, bukan? Maklumlah, orang kaya…

Menurut rakan-rakan di Bahagian tersebut, dia hanya meletakkan wakilnya sahaja untuk mengendalikan segala amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian. Jika segalanya lancar, tidak mengapalah. Malangnya, serba serbi tidak memuaskan hati.

Kira-kira tiga tahun menjadi Ketua UMNO Bahagian di situ, makin teruk keadaannya. Malah jangan kata Ketua Cawangan, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagiannya sendiri pun dia tidak kenal? Pelik atau tidak, itulah dia anak seorang ‘negarawan’ yang kononnya ‘berjaya’.

Tidak hairanlah jika majoriti pemimpin, AJK, Ketua Cawangan dan akar umbi parti di Bahagian tersebut memendam rasa. Hendak ditegur, hendak dikritik, bimbang pula ‘dicantas’ langsung tidak mendapat sebarang bantuan kepada rakyat di cawangan.

Pada sesuatu masa, ada yang terfikir mahu bersuara gara-gara tidak tahan. Tapi timbul pula rasa risau jika diambil tindakan disiplin. Padahal, jalan raya kampung teruk berlubang tidak diselenggara, lampu jalan banyak yang tidak menyala, malah kebajikan rakyat di kawasan langsung tidak terjaga…

Yang ada hanyalah janji kosong wakilnya. Jika ‘kejar’ dia di ibu negeri, sekali lagi mereka dihadiahkan janji kosong. Jangankan peruntukan untuk rakyat di kawasan, dia jenguk pun tidak. Yang dia tahu hanyalah ‘swafoto’ dan berulang-alik naik kapal terbang?

Maka itu, tidak hairanlah jika parti yang dia pimpin selama lebih setahun ini gagal menjalankan mesyuarat cawangan. Yang hadir pun tidak cukup korum? Kenal AJK Bahagian pun tidak, inikan pula dia hendak kenal rakyat jelata?

Jadi, usah aneh dengan apa yang berlaku. Orang berstatus ‘aristokrat’ sealiran dengannya memang begitu. Dia hanya mahu dikenali, tapi dia sendiri tidak menghargai atau mengenali pendokongnya. Maka tidak hairanlah juga jika orang di kawasannya menolak kepimpinannnya.

Alhamdulillah, dia akhirnya terpaksa melepaskan jawatan hasil dari ‘kejayaan hebat’nya sebagai pemimpin yang ‘terlampau bertanggungjawab’. Dan kini bersama parti baru yang diasaskan bapanya, dia bergelar Timbalan Presiden.

Tapi malang, dia bukan saja tidak berubah belajar dari kesilapan lalu, malah bertambah buruk perangainya. Enggan menyedari silap sendiri, dia tergamak mahu menyalahkan ahli parti sendiri yang mengadu pada RoS dan menuding jari pada KDN? Orang macam ini pun ada ke?






Satu Komen to AJK Bahagian Pun Tak Kenal, Bagaimana Nak Buat AGM?

  1. dkds says:

    Biasalah boboi…semuanya dia pakai arah sahaja, kerja orang lain buat…ini masalah bila menerima jawatan tidak mengikut hierarki sepatutnya tetiba jadi Ketua bahagian dan MB…mana dia tahu susun atur perjalanan parti di akar umbi

Leave a Reply

Threesome