Menu Utama

Tuesday, November 21st, 2017

 

‘Bunga Raya’ Layu, Bakal Gugur Sebelum Kembang…

Sebelum ini, parti ‘cap bunga’ mewar-warkan kepada kita kononnya parti itu mendapat sambutan hangat, khususnya dari kalangan anak muda. Kononnya kerana terlebih laris hinggakan borang keahlian habis tidak sampai setengah jam. Ada juga ‘macai-macai’ mereka yang menyebarkan gambar borang keahlian yang kononnya ‘banyak’ dan kaunter pendaftaran menyertai parti itu yang seolah-olah penuh sesak diserbu mereka yang mahu mendaftar diri. Namun begitu, selepas setahun lebih parti itu ditubuhkan, maka kita dapat lihat dan nilai sendiri tentang apa sebenarnya yang berlaku. Jika sebelum ini cerita itu berkisar di kalangan akar umbi sahaja,Baca Lagi


Misteri Parti ‘Cap Bunga’ Yang Memalukan…

Masih lagi kecoh diperkatakan tentang parti ‘cap bunga’ yang dipengerusikan oleh seorang ‘negarawan terulung’ yang diandaikan sebagai ‘maksum’. Khabarnya, kedudukan parti itu kini sedang terancam dengan kemungkinan diharamkan RoS. Parti itu bukan saja dipengerusikan bekas Perdana Menteri, malah ia juga berpresidenkan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri. Manakala Timbalan Presidennya pula adalah anak ‘negarawan’ yang merupakan lulusan luar negara dan bekas Menteri Besar. Pendek kata, parti itu kononnya ditadbir urus oleh kepimpinan yang bukan calang-calang, malah paling hebat di seluruh cakrawala ini. Namun begitu, agak musykil juga mengapa mesyuarat cawangan punBaca Lagi


Che Det Pun Takut Kalah

oleh Ab Jalil Backer 1. Siapa pun masuk bertanding dalam pilihan raya tidak mahu kalah termasuk Tun Mahathir. 2. Jika ada tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan ke atas kroni Mahathir ia adalah kerana setelah disiasat mereka melanggar undang-undang. 3. Mereka mungkin terlepas sebelum ini kerana tidak disiasat. Apabila anda menentang kerajaan maka anda telah menonjolkan diri dan menarik perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat. 4. Apabila siasatan dibuat, ada kes maka tentulah tindakan mengikut undang-undang perlu diambil. Sebab itu nenek saya pernah pesan jika duduk dalam rumah kaca jangan baling batuBaca Lagi


Kerajaan Tangani Isu Kenaikan Harga Minyak Gusarkan Pakatan

ISU kenaikan harga minyak negara yang berpunca dari kenaikan harga minyak dunia dilihat cuba dipolitikkan oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP dengan meletakkan beban kesalahan tersebut sepenuhnya atas bahu kerajaan Barisan Nasional. Namun usaha tersebut menemui jalan buntu apabila kerajaan berjanji untuk bertindak jika harga runcit petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter selama 3 bulan berturut-turut. Bagi membolehkan mereka terus memanipulasikan isu harga minyak ini, seorang Ahli Parlimen Kelana Jaya dari parti PKR, Wong Chen mendakwa kerajaan tidak ikhlas dalam janji tersebut. Menurut Wong Chen, janji itu kekurangan maklumatBaca Lagi


Keputusan Zahid Tidak Jumpa Mahathir Adalah Tepat

TERBUKTI Pakatan Harapan tidak boleh didaftarkan kerana masalah yang disebabkan oleh mereka sendiri – yang DAP masih belum hantar laporan mesyuarat CEC, yang PPBM pulak mesyuarat cawangan pun takde, jangan kata AGM lagilah. Oleh itu, tindakan Mahathir mahu berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datu Sri Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang tentang hal ini, adalah memusykilkan ramai pihak.  Benda boleh selesai di peringkat pegawai tapi Mahathir nak juga jumpa Menteri tu apahal? Lagipun apa besar sangat bendanya tu? DAP hantar laporan, PPBM buat mesyuarat cawangan, selesai masalah, nakBaca Lagi


Kisah Kegagalan Pakatan Kalahkan Kerajaan 52-51

oleh Ab Jalil Backer Ahli Parlimen BN ada bermacam tugas lain termasuk tugas kabinet, GLC, masyarakat kawasan dan tempat rakyat mengadu. Kadang-kadang lembu hilang pun cari wakil rakyat BN. Jadi kita boleh faham jika ada antara mereka tidak hadir di Parlimen. Sebaliknya majoriti ahli Parlimen pembangkang bukan sahaja tidak “service kawasan”, kebanyakan mereka hanya membuat sidang akhbar dan main media sosial sahaja. Kenapa hanya 51 orang sahaja dari mereka yang hadir dalam undian semalam? Jadi sebelum Datuk A Kadir Jasin mempersoalkan komitmen Ahli Parlimen BN, beliau patut bertanya dulu diBaca Lagi


Bagaimana hendak gulingkan BN sekiranya EGM hanya 12 orang saja yang hadir – Pas

Pas sindir Pakatan Harapan bagaimana hendak tadbir negara Pas menyindir Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimana untuk mentadbir negara sedangkan usaha menguruskan pendaftaran gabungan tersebut sehingga kini masih gagal. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kegagalan Pakatan Harapan yang didalangi DAP mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS jelas menunjukkan kelemahan pengerusinya. “Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tiba-tiba hendak menguruskan pendaftaran parti pun tidak boleh selesai. “Jadi bagaimana hendak uruskan negara. Lebih malang, mesyuarat agung PPBM (Parti Pribumi BersatuBaca Lagi


DARI MANA DAN KE MANA HASIL KERAJAAN ? (BAHAGIAN 3)

Bajet 2018 yang juga dikenali sebagai Rakyat Didahulukan ini dibentangkan dengan mengambilkira pemberian bonus, geran, penamatan kutipan tol, mengurangkan kadar cukai pendapatan dan insentif baru untuk industri kecil dan sederhana serta merangkumi semua golongan dari bayi sehinggalah kepada pesara. Kerajaan sangat komited dalam mengurangkan defisit fiskal dengan target sebanyak 2.8% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding dengan jangkaan 3% dalam tahun 2017. Ini menunjukkan sokongan cita-cita kerajaan secara bersama-sama menggerakkan dan menyatukan kedudukan fiskal yang stabil menjelang bajet tahun 2020. “Secara peribadinya boleh ditandakan sejarah sebagai ‘Ibu segala bajet’.”, kataBaca Lagi


Sindrom ‘berdiam diri’ Mahathir mengenai kekayaan keluarga.

Sindrom ‘berdiam diri’ Dr. M Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa mengalami sindrom ‘berdiam diri’ setiap kali menerima desakan pelbagai pihak supaya mengisytiharkan kekayaan dimiliki beliau dan anak-anaknya. Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwannddin Hamzah berkata, sehingga hari ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat gagal dan cuba lari daripada menjawab desakan itu walaupun datangnya daripada sayap pemuda parti sendiri, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). “Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah lama desak beliau dedahkan kekayaan dimiliki termasuk anak-anaknya sejak meninggalkan jawatan Perdana Menteri. TetapiBaca Lagi