Menu Utama

November, 2017

 

Guan Eng Jumpa Anwar Bincang PRU14 Atau RCI Forex?

HARI ini pemimpin Pakatan Harapan tidak senang duduk memandangkan Suruhanjaya DiRaja Siasatan Kerugian Forex Bank Negara telah membuat kesimpulan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengalami kerugian akibat daripada urus niaga forex pada tahun 1992, 1993 dan 1994. Jumlah kerugian untuk tiga tahun berkenaan adalah sebanyak RM31.5 bilion. Berdasarkan fakta, Suruhanjaya siasatan syorkan agar satu siasatan rasmi dijalankan bersabit kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan pecah amanah (CBT) dan/atau penipuan (cheating) oleh pihak-pihak yang terlibat termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu. Secara tiba-tiba pula Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berjumpaBaca Lagi


Cuti Sekolah Bermula: KLIA, Langkawi ‘Lengang’ Tak Ada Orang?

Cuti sekolah sudah bermula beberapa hari lalu. Namun penulis yakin bahawa musim cuti sekolah ini tidak akan meriah seperti di zaman pemerintahan ‘negarawan ulung’ mentadbir negara ini. Segalanya dikatakan berubah di zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak. Baru-baru ini, penulis terbaca laporan berita dari media arus perdana yang dikatakan konon ‘tidak laku’. Akhbar itu melaporkan tentang keadaan KLIA yang sesak teruk dengan kebanjiran orang ramai menanti giliran menaiki pesawat. Jika di KLIA2, mungkinlah ia hanya melibatkan perkhidmatan pesawat tambang murah. Tapi bila dilaporkan KLIA yang sesak, maka ia membuat penulisBaca Lagi


RCI Forex: Anwar kelirukan Kabinet, Parlimen

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bertanggungjawab mengelirukan Kabinet dan Parlimen mengenai kerugian sebenar tukaran wang asing yang ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM). Berdasarkan kebertanggungjawaban Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu, Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an mencadangkan satu siasatan dibuat bagi mengesahkan kesalahan Anwar menyembunyikan kerugian sebenar tukaran wang asing BNM mengikut Seksyen 417 dan 418 Kanun Keseksaan. Laporan itu mendedahkan, Anwar membuat keputusan berkenaan pengolahan perakaunan bagi untung rugi, jual beli saham dan pengeluaran suratBaca Lagi


Salam Maulidur Rasul 1439H

PERUTUSAN YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA MAULIDUR RASUL 1439H /2017M Bismillahirrahmaanirrahim Allahumma Solli Ala Nabiyyina Muhammad Assalamulaikum warahmatullahi wa barakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Negaraku Malaysia Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya. Sesungguhnya, pemimpin agung kita iaitu Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada tahun 570 Masihi di Kota Makkah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal iaitu bulan ketiga dalam taqwim Islam.Baca Lagi


Forex: Bekas Perdana Menteri Relakan Tindakan Sembunyikan Fakta — RCI

Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga forex pada 1990-an percaya bahawa perdana menteri ketika itu merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion. Suruhanjaya itu juga berpandangan menteri kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara itu. Suruhanjaya juga berpandangan bahawa terdapat elemen menyembunyikan fakta dengan sengaja memandangkan Laporan Tahunan BNM tidak menunjukkan kerugian sebenar yang dialami akibat urus niaga forex dari 1992 hingga 1994, menurutBaca Lagi


#ExpoNegaraku 2017 Pamer Kejayaan, Perancangan Infrastruktur Negara

#ExpoNegaraku yang sedang berlangsung menjadi platform menonjolkan kejayaan negara sehingga kini, dan perancangan pembangunan akan datang. Ia diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mulai 15 November hingga 15 Disember ini. Ekspo ini bermula 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma. #ExpoNegaraku memaparkan projek-projek infrastruktur semasa dan masa hadapan yang dirancang dan dilaksanakan demi menyediakan kehidupan yang lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. #ExpoNegaraku tidak akan mengecewakan anda malah ekspo infrastruktur terbesar Malaysia ini akan membuatkan anda berasa kagum dengan kemampuan Malaysia. Sementara itu terdapat berbagai-bagai gerai yang menjualBaca Lagi


Tiada Negara Di Dunia Laksana Perkhidmatan Seperti UTC – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkhidmatan seperti yang disediakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) hasil usaha kerajaan setakat ini tidak mampu dilaksanakan di mana-mana negara lain. “Saya pergi (melawat), saya tanya dengan rakan-rakan (sejawat) yang lain…tak ada. “Sebab UTC ini buka sehingga pukul 10 malam tiap-tiap hari kecuali cuti umum sahaja, dan inilah satu daripada tarikannya… satunya bawah satu bumbung, keduanya buka sampailah lewat malam, ” kata perdana menteri semasa berucap merasmikan UTC pertama di Negeri Sembilan di Ampangan, di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Datuk SeriBaca Lagi


Peruntukan Lulus 2015, 57% Projek Kerajaan Negeri Selangor Belum Mula

1) Laporan Ketua Audit Negara seringkali dijadikan bahan kempen pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan terutamanya yang melibatkan projek yang gagal atau lambat disiapkan. 2) Namun begitu, rakyat sering terlepas pandang tentang kepincangan yang dilaporkan dalam laporan tersebut terutamanya bagi negeri yang bukan di bawah Barisan Nasional. 3) Beberapa hari lalu, Jabatan Audit Negara telah mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2. 4) Bagi projek di bawah kerajaan negeri, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila laporan tersebut mendedahkan sebanyak 57% projek yang diluluskan kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2016 masihBaca Lagi


CUKAI LEBIH TINGGI JIKA LUPUS HARTANAH KURANG 5 TAHUN

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). Mulai 21 Oktober 1988, cukai ini diperluaskan ke atas keuntungan daripada pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah. Menerusi Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2007 [P.U. (A) 146/2007] Menteri Kewangan telah mengecualikan mana-mana orang daripada semua peruntukan Akta CKHT 1976 bagi pelupusan aset selepas 31 Mac 2007. Perintah pengecualian tersebut telah dibatalkan mulai 01 Januari 2010 melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2009 [P.U.Baca Lagi


Alkisah ‘Aristokrat’ Dimalukan Di Sebuah Kampung…?

Baru-baru ini, alkisahnya tularlah sebuah hikayat tentang seorang ‘negarawan ulung’ yang direncanakan hadir untuk menyampaikan ceramah ‘hasutan’ politiknya di sebuah kampung dalam salah sebuah daerah yang terletak di utara semenanjung negara. Malangnya, difahamkan penduduk di kampung tersebut telah ‘menghalau’ program ceramah itu dan terpaksa dipindahkan ke kampung kedua. ‘Memilukan’, kampung kedua pun menolak dan akhirnya program tersebut terpaksa dipindahkan lagi ke kampung ketiga. Mungkin insiden ‘tidak diterima’ itu agak membesarkan ‘kemaluan’nya, maka dia dikatakan tidak hadir ke program ceramah tersebut dan digantikan oleh anaknya. Mungkin dengan tindakan itu, maka anaknyaBaca Lagi