Menu Utama

WAWASAN 2020 DAN NAJIB RAZAK

oleh Ab Jalil Backer

Apa yang Perdana Menteri Najib Tun Razak buat hari ini adalah untuk memastikan kita berjaya mencapai negara maju pada 2020.

Salah satu faktor menjadi negara maju ialah pendapatan per kapita yang tinggi iaitu sekitar USD 15,000.00. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada kenaikan pendapatan per kapita (GNI) ialah pertumbuhan ekonomi yang berasaskan Gross Domestic Product (GDP).

Negara sebenarnya memerlukan pertumbuhan ekonomi sekitar 6% setahun sejak 1991 sehingga 2020 untuk mencapai taraf negara maju.

Malangnya, apabila ambil alih kepimpinan negara, Najib Razak mewarisi pertumbuhan ekonomi negara yang agak membimbangkan dan kemungkinan besar tidak akan membantu mencapai Wawasan 2020. Purata pertumbuhan ekonomi selama 10 tahun sebelumnya hanya 4.6%.

Justeru antara langkah yang dibuat ialah menaikkan gaji kakitangan awam dengan drastik. Ini menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan juga “menekan” pihak swasta menaikkan gaji pekerja mereka. Ini juga menyumbang kepada kenaikan pendapatan perkapita rakyat.

Malah kenaikan gaji kakitangan awam ini memberi gambaran pendapatan per kapita yang lebih adil berbanding suatu ketika dulu, jurang antara yang sekelompok elit dengan kumpulan di bawah begitu jauh.

Hari ini Mahathir menyatakan tindakan Najib Razak meningkatkan gaji kakitangan awam tidak sepatutnya dilakukan dan adalah satu kesilapan.

Siapa sebenarnya yang mahu menggagalkan Wawasan 2020 ini? Adakah Mahathir mahu ia gagal kerana bukan anaknya akan menjadi Perdana Menteri pada 2020?

Di sebalik cakap-cakap negatif mereka yang terperangkap dalam dogma Mahathir, negara sebenarnya sedang menuju pada arah yang betul.






Satu Komen to WAWASAN 2020 DAN NAJIB RAZAK

  1. Maha says:

    Aku masih ingat lagi polis terpaksa lakukan dua tiga kerja dan lakukan rasuah semata-mata mahu anak mereka hidup dengan baik dizaman tun mahathir kalau polis tahan kita tak ada lesen bagi wang 10rm kemudian lepas, kalau nak ikut zaman tun mahathir polis miskin apakah kita mahu pergi ke zaman tun mahathir itu hanya golongan elit koroni kaya raya

Leave a Reply

Threesome