Menu Utama

Warga Emas Tuai Hasil ‘Pelaburan’ Berbilion Selepas Pencen?

Kecoh juga dibuatnya bila Raja Petra mendakwa seorang warga emas yang pencen dari jawatan Perdana Menteri memberikan ‘rasuah’ bernilai RM1 bilion kepada seorang lagi warga emas yang menjadi sekutu politiknya.

Seperti biasa, warga emas itu menafikan dakwaan tersebut, dan begitu juga warga emas yang seorang lagi. Kedua-duanya tidak mengaku, mungkin bimbang diserbu LHDN barangkali. Bersangka baik, kita terima sajalah ‘penafian’ tersebut…

Namun begitu, penulis agak peliklah juga dengan warga emas pencen tersebut. Dia seolah-olah mendakwa dirinya seperti orang marhain biasa yang lain di negara ini. Dia membayangkan dirinya hidup ‘sederhana’ di mata rakyat?

Mungkin benar akaun banknya ‘kosong’. Namun dia pernah berkata bahawa untuk menilai sama ada pemimpin itu ‘rasuah’ atau tidak, ianya boleh dilihat dari gaya hidup mereka. Bagaimana pula dengan gaya hidup ‘marhain’ warga emas itu?

Pada gambaran penulis, seorang yang marhain pencen, maka hidupnya sudah tentu kurang selesa sedikit berbanding ketika dia dibayar gaji penuh dahulu. Maklumlah, mereka yang sudah bersara ‘hilang’ sebahagian besar dari jumlah pendapatan mereka.

Namun lain pula dengan gaya hidup warga emas itu. Dia tidak memandu Proton Wira atau Perdana. Malah Toyota Camry pun bagai tidak sepadan dengan hidup pencennya. Membuktikan tidak berduit, maka dia memandu Porshe?

Itu belum lagi disebut kenderaan-kenderaan mewah yang membawanya ke hulu ke hilir. Selain Porshe, dia sering menaiki model-model terbaru BMW, Mercedes Benz dan Lexus. Apakah itu gaya hidup ‘sederhana’? Atau itu layak dilabel sebagai terlalu ‘mewah’?

Lebih hebat lagi, dikatakan warga emas itu ke hulu ke hilir dengan jet peribadi. Penulis tidak pasti sama ada jet peribadi itu dimiliki warga emas itu atau tidak. Namun melihat gaya hidupnya yang begitu mewah, apakah dia layak dikatakan ‘marhain tidak berduit’?

Bagaimana pula dengan pakaiannya? Penulis harap dia tidak akan mendakwa hanya membeli kain murah semeter RM2 di pasar malam dan dijahit isteri. Jangan pula mendakwa beli ‘bush jacket’ di kedai-kedai bundle di Titi Gajah. Jangan malukan anak-anak dan kroni..!

Penulis juga yakin bahawa warga emas itu tidak tinggal di rumah teres dua tingkat, apatah lagi rumah kos rendah. Khabarnya dia memiliki banyak banglo-banglo mewah. Tidak pernah pula kita dengar dia tinggal di rumah perumahan awam seperti orang pencen lain…

Mungkin benar akaunnya ‘kosong’. Namun penulis juga yakin akaun anak-anak, saudara mara dan kroni-kroni terpilihnya penuh ‘berkepuk’ sama ada di dalam mahupun di luar negara. Mungkinkah itu ‘kebijaksanaan’ warga emas itu yang ‘melabur’ ketika dia berjawatan Perdana Menteri?

Dia larang anak-anak dan saudara maranya menceburi politik, tapi siapa yang berani tolak urusniaga dari mereka yang beralamatkan kediaman rasmi Perdana Menteri? Bukan saja laku di dalam negara, di luar negara pun ‘gerenti terlajak-lajak laris’nya.

Bagaimana pula kontrak-kontrak mega dan ultra-mega yang diagih secara terancang? Bagaimana dengan urusniaga yang melibatkan ‘direct-negotiation’ di zamannya? Adakah tidak wujud sebarang ‘conflict of interest’ melibatkan warga emas itu?

Selama 22 tahun warga emas itu ‘melabur’ sakan, maka mungkin dia ‘menuai hasil’ selepas dia pencen. Gara-gara termakan budi dikayakan dengan harta berkoyan-koyan, maka tidak hairan jika ramai yang masih ‘menaja’ warga emas itu seumur hidup.

Malah jika diukur kepada ‘pelaburan’ yang dijayakan menerusi anak-anak dan sanak saudaranya, penulis yakin bahawa jika mereka membiayai gaya hidupnya dengan kemewahan melimpah ruah walau umurnya mencecah hingga 200 tahun.

Namun dia masih lagi mahu tunjuk ‘marhain’ sebagaimana orang pencen yang lain? Sudah-sudahlah, berhentilah dari terus menyerlahkan sikap poyo di usia senja. Buat malu saja pada anak cucu dengan sikap begitu. Carilah tikar sejadah, pulanglah ke pangkal jalan sementara masih belum terlambat…






Leave a Reply

Threesome